Friday, December 31, 2010

2010 Rolling Over


Assalamualaikum.


Banyak kenangan tahun 2010 ni yg aku tak boleh lupa dan takkan lupa dan wajib diingati. Lagi sehari nak New Year, so apa azam anda tahun baru ini? Mesti banyak kan, dan sudah tentu ada yg still xdapat nk capai by 2012 nnt. hahak! Biasa la tu.

Anyway, nak cerita nihhh pasal kenangan. Get ready tadah telinga ek. Eh, tadah mata. hehehe..

Salah satu kenangan aku tak boleh lupakan, time aku jumpa sorang mamat ni. Hehehe... (Aku gerenti time dia baca ni mesti dah kembang kempis idong, hahaha!) Dia seorang yg sgt baik hati, caring, berbakat, rmai kawan, interesting to talk to, sweet dan sbgainya. Malangnya kami tak lama tp kami tetap kawan. :)

Lagi kenangan time aku first time dpt experience membikin filem. Whaaahhh...ok bkn filem, just video clip utk assignment Audio & Visual. Tapi experience die sgt BEST dan PENAT. Berkampong di studio dua tiga ari tak mandi (yes, ini serious. Tlg jgn bayang bau busuk camana. HAHA!), duit melayang cam angin, Penat smpai aku cuma hidup selama beberapa jam satu hari lepas semua slesai (mksd nya tido la tu... T___T). Tapi hasil dia? Aku boleh ckp yg aku bangga la dgn kerja yg x seberapa ni. Atleast nampak best.heheheh....

Ok, korang pun tau ni kan? MALAYSIA MENANG AFF CUP SUZUKI!! WOOO....ini adalah perlawanan bola yg kedua aku tgk dgn penuh debaran dan jeritan (wlaupun tgk sorang2), selepas tgk German Vs Spain time Final World Cup
dulu. Aku mmg sgt bangga dgn cara perlawanan Msia kali ni. (Dulu2 tak ke? errkk..) And of course, dgn kemenangan ini, banyak yg kena tempias baik.haha... Spt: Khairul Fahmi punya nama jadi fofular... Twitter, google, smua top topic kot. Even gf dia pun kna tempias, dpt follower dlm 1000 per night. Ini tak joke punya. Mlm td tgk 1200++...refresh lg, jadi 1400++... refresh lg jd 1800++..Itu semalam, harini aku tgk? 4000++ Gila hebat kan? Tp aku respect sgt2 kt gf dia ni, Elia (baca la, cara dia tulis pon best). Aku respect bukan apa. Sebab dia terer handle wo jd gf seorang terkenal. Hehe... Dia cam handle all the hustle of being afamous person's girlfriend with total maturity, itu aku hormat tentang seseorang. Orang keep on tanya, tak jeles ke? Dia relaxxx je. Caya lah! Keep on the goodd work ya. Org mcm anda ini
grenti suda bersedia dgn cabaran2 yg lebih bsr akn dtg kan? heheh. Lepas tu aku dpt tau yg the "Ronaldo Malaysia", Safee Salleh tu dpt tawaran utk join Indonesia punya team AND Manchester United punya team. Waaaaahhhhh!!! Kalau dia amik yg MU punya kan, serious bangga wo. Sekali lagi, TAHNIAH buat team Harimau Malaya. (Asal tak Borneo skali ek? hahaha..joking je. :P )



Aku kagum dgn skill Khairul Fahmi ni. Tangan ada magnet ke bang? :p


Wey kita champion wey kita champion!!!


Seterusnya...bila aku menerima Lola. Ngehehehe~ Lola, walaupun aku kena anta kau ke klinik utk servis kau tiap2 dua bulan, walaupun kau selalu kotor (mak da ckp, jgn maik ujan! hep!), walaupun kau suka pujuk2 aku suruh belikan jus Ron 95 feveret dia (abih kering weh poket), walaupun kau tak secantik sespisis dgn kau, tp kau telah byk berjasa kpd ku, housemateku, teammateku (sorry jd belacan time shooting) dan sewaktu dgnnya, dan aku akn sentiasa menjagamu dgn penuh kasih sayang. hik :)

Actually aku buat entry ni makan masa hampir 2 jam sbb nak pikir apa lg kenangan yg aku xleh lupa. Hahaha... Tp tgh2 malam buta ni aku cpt lupa, RAM otak dah selow, nk pickup memory pun dah karat..hahaha... So buat sikit jela. Aku pasti ada byk lg tp biarlah ianya menjd kenangan manis diriku sendiri. Jadi ini shja yg aku kongsikan, selamat membaca, bg sesiapa yg baca la blog yg huduh lg tak seberapa ni...(cam sedih plak) hahahha... =)

Friday, December 24, 2010

Banyak Idea tapi Kurang diluahkan

Assalamualaikum

Berdasarkan tittle post ni, actually saye ada baaaaanyaaakkk idea nak tulis blog. Tapi kan tapi kan...selalunya takde idea la nk tulis camne, tatau camne nk karang best2 dan menarik ataupun just tade mase. Atau ada benda yg lagi best nk buat time boring. hehe... Sekarang kalau nk ditgk kan, semakin ramai giler blogger tegar kt Malaysia ni, bnda ni dah mcm trend. You can be instant celebrity just by doing a blog! And of course, make money too. hehe...

Tadi aku baru habis baca blog-blog yg best dan yg mmg dah terkenal. Antaranya Hanis Zalikha, Maria Elena, Fatin Liyana, Zack Zukhairi dan sbgainya..Korang yg mmg peminat setia or mmg suka blog walking mesti da kenal sapa dorg2 ni kan? Tgk jela follower dorg, da boleh buat kerajaan. Cecah puluhan ribu u'olz..mana taknya masyukkk je advertising kt blog dorg. hehehe...Aku punya internet browser ni mmg dah byk giler bookmark blog2 dorg ni. Kira peminat jgk ler. hehehe.. Apa yg aku suka is dorg mmg laid-back dan x kesah apa org ckp psl dorg...just like being themselves. And aku jgk tahu ada beberapa ciri-ciri yg sama antara semua blogger2 ni... that is~

1. Pandai bercakap/karang cerita/good humour/terer merepek yg x menyampah/sudi kongsi everything dan pengetahuan dan tutorial2.
2. Berbakat/pandai melukis/Model part time/penah masuk magazine
3.Peramah dan friendly - sudah semestinya
4. Cantik/comel/jelita/beautiful/hensem (mesti ada pakej ni tau! tp biasanya yg ppuan la. Yg laki ni org x kesah sgt rupo die)
5.Fashionable
6.Mampu untuk membeli baju2 seperti itu. haha...ok mungkin tak semua.

Aku adore sangat2 dorg semua ni. Diorg boleh jd inspirasi kt org. Ni aku ckp psl blogger2 ppuan ek. Most of them adalah pemakai tudung, dan bukan tudung biasa, tudung/shawl yg fashionable punya yg pusing2 punya kain ala2 Yuna dan Hana Tajima tuuuu...... Untuk menyesuaikan tudung yg menarik, mestilah baju2,seluar2,skirt2,kasut2 diorg pakai fashionable jugak ye. Aku tgk dorg ni dah boleh buat fashion statement sendiri. Sangat sukkeee!! heee~

Sooo...aku mendapat satu idea yg bernas (yelah tu kot) iaitu untuk cuba ubah style/fashion dan post it in here. To see the flow of everything, berjaya x membuahkan satu hasil. Hasil x byk la kot, cuma dpt tgk diri sendiri bergaya..pueh hati! hehehe... Aku nak cuba hidupkan balik blog ni. Cuba la cuba. Jgn x cuba, kan? Satu lagi, aku harap aku jadi rajin. Sebab nak buat blog ni tak koma, atau berhabuk, kenalah selalu update, betol? hehe... So I'll try and see if i can make it. Kalau aku tak dapat update selalu, sesiapa tolong tampar aku nt ek?! (Eiish kasau da plak.hik.) Hahaha...Yelah kan, Drpd aku duk stalk org kt fesbuk (EH! opppss~), tgk movie je keje, baik aku buat benda lain pulak seperti menulis. Dulu aku minat giler menulis gua ckp lu. Smpai penah habiskan satu novel plak tu. HAHA...

Aku harap semua org sokong ek? sokong laaa..pelisss...(mcm pelik plak da) hahaha...Next week sebelum balik ke Melaka, me nak buat photoshoot ngn bestfriends! hehehe..pakai cantik2, mekap tebal2 ala2 studio punya tp kami still cuba fikir camane nk buat photoshoot, tanpa photographer dan tripod. Hah? Hah? Korg tau? hahaha... aku pun sedikit pelik sini. Camera da ada. Baju cantik, mekap semua ada. Location pun cantik. Tp siapa nk tangkap? Kalo nk self-timer boleh, tapi tripod nyeh? Gantung jela atas pkok ek, ape susah? HAHAHA..

Ok lah mari stop merepek. Nak blogwalking jap. Jauh dah jalan nih. Penat kaki. hehehe... OK, babai!

Thursday, December 9, 2010

Azam 2010

Tadi aku baca post lama2 kt blog aku ni. Byk nye psl emo, luahan perasaan, cerita merepek, merapu meraban smua ada, dan ada a few je yg aku bangga baca balik. Ada yg aku tergelak sbb mcm bodoh je. Hahaha...

Tp aku jumpa satu entry ni, nama dia "New Resolution" bertarikhkan 2 january 2010. Obviously itu adalah entry utk azam 2010 aku and now, dah nk abis 2010, aku nk tgk satu2 adakah aku berjaya melakukan setiap azam yg aku ada tu. Tp bukan nk ckp apa azam aku utk next year ok? hehe...itu...erm..nnt aku pikirkan. :p


1. Cukupkan waktu sembahyang.

Dari apa yg aku boleh konklusikan, azam ini boleh tahan dpt dilaksanakan dgn jayanya. hehe... Walaupun aku ada la a few times, aku ngaku, ada time ter- ter- tu....korg pun tau kan. hik... Manusia biasalah... Tapi aku bangga dgn diri sendiri sbb banyak dah dpt diperbaiki dan berubah kearah kebaikan dan maju! weehee~ haha..tp aku tahu, byk lg yg perlu diperbaiki.
Azam ini, CHECKED.

2.Simpan duit.

I suck at this, seriously. To be honest, aku x simpan duit ape2 pun. Tapi aku ada buat benda yg ada kena mngena dgn duit, and it is so much better. Which is, started my own blogshop! heheh.... Aku ada jual tudung, syria, shawls, and baju2 yg kiut miut! Untung? Lets just say Im too busy this semester that I didn't even care to know. HAHA! Tp ada la sikit2 tu aku bole buat makan seminggu. hehehe
Ini link dia...tgk tau! Le Petite Parlor.
So, conclusionnye, boleh lah di check kan, kan? hik ok, CHECKED.

3.Rahsia.

Well, since ini rahsia (ngehehe) aku xleh nk ckp byk ar kan... tp aku boleh sure one thing.
It's CHECKED. =)

4.Dapatkan laptop baru.

CHECKED! From Acer tah tahun brapa to Dell Inspiron N4010! Kaler biruuu~ canteeekkk.. hehehe
5.Menjaga kereta dgn baik.

Dalam entry tu aku ckp no accident, selalu cuci, no saman. Erm....aku cuma dpt buat 2 yg pertama tu je. huhu...Accident of course kita takleh halang sbb malang x berbau kan? Tp kita boleh elakkan dgn memandu dgn selamat. hehe... Saman tu jgn cerita la. Aku rasa aku penggumpul saman plg byk. HAHAHA...tp semua da langsaikan, Alhamdulillah..Aku tamau hutang bwk ke kubur nnt. erk... Tapi kan, aku baru terigt. Ada la satu fenomena ni, aku menyampah sgt sbb selalu sgt kena saman smpai sehari tu dpt 3 saman dr UiTM, Majlis Pembandaran A.Gajah dan Melaka, smpai semua saman tu aku renyuk and buang dalam longkang. HAHAHA! Percaya x? Tp aku x brani buang UiTM punya la. Sbb itu future dan yg plg dekat dgn aku so aku xbrani. haha...


Muke seronok driving Lola

Pape pun, Myvi putih ku, atau dikenali sbgai "Lola" still sehat walafiat... =) rindunyeee nk bawak die...Lola kt S.Alam skrg ni..tah ape la die buat kan? hahaha...ok, ini CHECKED.

6.Raise up my level of confident.

Hmmm..ini aku kurang pasti. Macam tak je? Tp aku definitely ada buat something about it. Let's just say, ini tak check ok? Sbb aku nak cuba lagi next year. hehe..Tak berapa bangga dgn ini tp oh so what? Go Malina! :p

7.Belajar lebih rajin, smart and focus, focus, focus!

Yang ni, aku tau ini adalah weakness aku. Sem 4, aku boleh tgk, my grad menaik. So, aku boleh ckp, maybe I did this! Maybe I nailed it! But tomorow, aku akan tau result sem 5 aku plak. Sem 5 sangat2 tough, and ini bukan understatement, sbb semua senior aku kenal ckp camtu jgk. Sem 5 ada paling byk subject killer yg di pack dlm satu semester yg tak brapa pnjg. Dia punya assignment pulak takmau nak mcm serial killer plak. hahaha... Ktorg kena buat research yg agak mencabar dgn lecturer yg mengajar bdk diploma mcm Master (dan ini dtgnya dr mulut lecturer lain ye, bkn student), buat video clip (tiring, buang duit sbb hmpr 500 habis diguna, fun sikit, dan tiring dan penat dan exhausted), buat satu event where our class buat talk show with Ally Iskandar (kena siapkan preparation selama 11 hari) da
n banyak lg ok. Boleh tak aku ckp aku checked utk ini? Sebab aku rasa aku berusaha kuat, lebih focus dlm kelas dan lebih bersemangat. Alah, waddehel kan, ini azam aku sendiri, so, CHECKED!

Dapat carik Ally Iskandar tak? hehehe

Well, itu je yg aku tulis time tu..Tp aku rasa ada byk lg. But overall, aku bangga, sbb aku dpt buat most of it. hehehehe~~ Tahniah Malina! Next year, buat yg terbaik lg dgn lebih byk cabaran dan pencapaian. hehe... Nnt la nk buat entry baru lg psl azam yek. itu saje~~

=D

Saturday, November 20, 2010

Coincidence?


Kenapa bila kita melalui fasa-fasa susah dlm hidup, semua movie, lagu di radio dan TV yg kta tgk dan dgr ada kena mengena dgn kita?

Contoh 1:

Hari tu aku layan "How I Met Your Mother" sbb xde keje. Bg yg tau TV series tu, mesti mcm, "Oooohhh...". Tp bg yg xtau tu, series ni is everything about kisah cinta antara 5 org kawan. Yg bestnya, geng dorg ni, consist of 1 couple suami istri which is Lily & Marshall. Satu lg couple ni, Robin & Barney, & sorg single, Ted. Tp kan, Robin ni penah bercinta dgn Ted, kira ex la, slma setahun. After their break up, they manage to be the best of friends again. Dorg 5 org ni mmg mcm family.

Tiba kt satu episode ni, psl Robin & Barney is the sweetest couple ever. Tp tiba2 masing2 berubah perangai. Marshall jd makin gemuk n not being himself, & Robin plak nmpk smkin tua, x bermaya, & irritated dgn setiap perktaan yg klua dr mulut Barney. So kwn2 dorg yg lain ni suspect something so dorg pg siasat.Rupa-rupanya dua org ni x bahagia bersama, tp are too stubborn or afraid to break up. So kwn dorg lancarkan misi nk break them apart dgn sruh dorg asyk gaduh. Last2 tu, dh abis smua cara dorg buat, dorg tgk dr jauh je (spying la), Robin n Barney ni pg tpt lain n started kissing. And dorg pun t
erkejut la. Misi dorg gagal. Maksudnya, whatever they do to them, nothing is gonna work bcuz they are in love. So dorg lupakan misi ni. The next day, dorg jumpa dgn Robin, muka fresh bermekap n ceria. Robin ckp, "I broke up with Barney." Kwn2 dorg terkejut. So Robin crita balik apa jd:

That nite (the nite kwn dorg lancarkan misi), Robin &
Barney saw the things that makes them mad n usually dorg akan gaduh sbb perkara2 kecik2 tu. Pastu dorg cam tetiba tired n ternampak diri dorg kt cermin. Yg ppuannya mcm x bermaya, yg lakinya mcm gemuk gila, to the conclusion, none of them are truly happy. Then dorg tertanya2 la kt masing2, "Why does this happen? I mean, we love each other, we have so much similarity." Then lps crk2 jwpn utk soalan tu, rupanya dorg terlalu byk similarity, smpai xde bnda yg negative utk dorg perfect kan each other. Kira cam magnet, tp dorg the opposite of magnet. HAHA..make sense ke? And the love they have together somehow berkurangan dibawak dek masa. eceh... Oh yg kwn dorg nmpk dorg ksing tu adlh goodbye kiss.haha...and Robin & Barney said that they think of this break up as not the break up between two lover, bcuz that will make it weird when they see each other again as frens, so they take it as friends who come together again (after the break as couple).


Contoh 2:


Aku tgk cerita Ugly Betty plak. Tp tgk part ujung2 je. Hampir semua character dia perlu say goodbye to their partner, to their friend, to their stuff. Part penghabisan, biasanya Betty akan berckp as narator utk bg advice/kata2 hikmah. Kali ni, betty kna bg bf dia pg ke Africa utk tlg org slma 6 bulan so means dat they hve to break up 4 awhile bcuz with no communication. Yg satu lg character ni, Ppuan ni kcewa sbb laki sorg ni menipu n amik duit yg ada n menghilangkan diri pdhl sptutnya kawin. So betty sbgai editor magazine, dia tulis artikel ni:

"There's always something about goodbyes. No matter if we did for the greater good or for someone's good, it always hurt. But no matter how many times it happens, we always have to keep moving on, start a new life, because it will always be coming back. The trick is just to find out when is it the time to let go. Because then only we can start our new beginning."

Contoh 3:

I heard this song. And I will post the lyric. It's from Hannah Montana (I know...pffffttt) but that doesn't matter cuz the lyric is perfect for my situation.

I always knew this day would come
We’d be standing one by one
With our future in our hands
So many dreams so many plans

Always knew after all these years
There’d be laughter there’d be tears
But never thought that I’d walk away
with so much join but so much pain
And it’s so hard to say goodbye

But yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know ya
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you

Nanananana

Another chapter in the book cant go back but you can look
And there we are on every page
Memories I’ll always save
Up ahead on the open doors
Who knows what were heading towards?
I wish you love I wish you luck
For you the world just opens up
But it’s so hard to say goodbye

Yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know ya
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you

Everyday that we had all the good all the bad
I’ll keep them here inside
All the times we shared every place everywhere
You touched my life
Yeah one day we’ll look back we’ll smile and we’ll laughl
But right now we just cry
Cause it’s so hard to say goodbye


Yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know ya
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you

Nanananana

I’ll always remember you
I’ll always remember you


Well, from above, you know now what I've been through. I'm just getting through this on my own. Don't think this is easy for me. All of this prove that I am trying to look for advice, even from TV series. haha..well then, I'll just cater my feelings myself. :)

Sunday, November 14, 2010

I had to do it

I didn't mean to hurt you.
But I did.
I didn't mean to hurt myself.
But it is at the edge of breaking.
I did all those things before this,
all those horrible things you said,
that makes me seem careless,
all to see and prove what I have disliked.
And small matter comes to worst.
I can't contain this.
So I have to burst it out.
One minute we're the lovebirds,
another just a lonely sparrow.
I don't want to lie,
nor wanted to deceive.
But I just had to do it,
to protect myself from all that I have perceived.
I may not know what I want yet out of this life,
but I can tell you I am sure something,
perhaps someone,
could bring that out for me.
I don't want to hope too much.
After all, I'm still young,
longed to feel the adventure ahead.
You could give a very deep thought on why I did this,
maybe you wouldn't understand.
I might regret this someday,
I know.
Probably qarma will get around and say hi,
but all is well when I am ready to set my own wings and fly,
to my own pathway.
So I just had to do it.
I see no other choice,
but
Goodbye.

Saturday, November 6, 2010

The things that makes me happy


Satu:
Shopping!
The smell of new clothes, new shoes, new handbags...
Its a pleasure guys never understand.

Kelegaan semasa shopping tu mmg best gila. Tapi bila dah abis shopping, duit pun habis.
Tak puas ati part tu!
Lepas tu mula la nak berpuasa / mkn megi / tak mkn langsung.
Sbb xde duit punya pasal.
HAHA
Padan muka.


Dua:

Cokelat!
Tapi kan...Bile dah syook kunyah cokelat ni, tiba2 dtg benda yg xbest plak.
Sakit gigi!
Sebab aku ni ada sensitive gigi. Sensodyne pun x kuat sgt utk jaga gigi2 aku ni. haha


Tiga:

Bila orang tu surprisekan aku dgn something yg best!
Perkara 'terkezot' yg paling best aku akn igt ialah:
1.A huge pink teddy bear was terbaring kat bunker kreta aku from a current someone special. hik
2. Housemate aku surprise aku dgn bawak kretaku yg mula2 kotoq nak mampus da mcm belacan, jadi berkilat gila! Luar dan dalam! hehehe
3. Someone surprises me with a teddy bear dlm kotak mineral.
4.Mak aku call & tanya, "So...nak Myvi kaler apa? mak da kt Perodua ni." WAAAHH
5.Famili aku surprise aku dgn cute birthday cake masa aku balik skola. (Da mmg bday aku pon)
6.Aaaaaaa.....tak ingat dah.

Tapi....

Kebanyakan surprise diatas aku da boleh agak dah. Kehkehkeh...
Kcuali part mak aku surprise tu la. Itu paling terkejut beruk punya tu, rasa nk lompat2 jgk time tu. haha.. Most list2 di atas aku kantoikan org tu, atau aku da bole teka atau its too obvious. haha

Empat:

Baking / Buat kuih.
Honestly, aku lebih suka buat kuih dari memasak. Sebab kuih....emm..tak tau la, mungkin sbb manis kot. haha!
Just bagi aku ingredients, I will do it!
Cupcakes?
Chocolate Brownies?
Kuih raya?
Biskut?
Cookies?
Baaagiii je.....heheh

Tapi....

Semua tu datang kalau ada duit untuk beli bahan2 yg agak byk (sbb baking lbeh perlu byk brg dr memasak), dgn acuan & perhiasan dia lg....and kalau ada masa.
Siapa cakap buat kuih perlu 30 minit?

Lima:

Bila sesuatu jadi seperti yg diri ini nak. Aku akan senang ati. tak kisah la benda apa. Mungkin sebab barang yg aku nak, atau keadaan, atau orang itu buat itu ini...

Tapi...

Seperti yg kita tau, tak semua benda yg kita nak akan kita dapat, kan?
Itu lah kehidupan. Ada time kita dapat apa yg kita nak, kita bertuah sebab keadaan yg kita tak suka jadi bertukar keadaan yg kita suka.
Kita tak dapat tukarkan keadaan tu.
Dah nature.
Hummm

Dan semua benda2 yg aku suka ni fall down to this one fact.
Allah yang Maha Esa
Dia sangat sempurna.
Tgklah saja benda yg aku suka tu, mesti semua ada tapi dan ada je yg x baik ttg perkara tu.
Aku pasti korg pun sama kan?
Walau benda yg buat korg happy tu sangat bermakna dan sangat besar.
Tapi ade je benda sekecik kuman yg menjadi penghalang atau ada disadvantage die.
Jadi papehal, kita wajib pergi ke Dia untuk happy.
Kita pergi ke Dia untuk berasa bahagia.
Tenang.
Doa lah ke arah kebaikan, semoga kita semua akan mendapat kesenangan, kebahgiaan, ketenangan yg Dia janjikan, samaada di dunia mahupun di akhirat.


Saturday, October 30, 2010

Ngereco Lok



Kamek nak ngereco, tapi sbnrnya sik tauk nak ngereco apa koh. Blank palak tok. Kamek baruk jak maca blog org lain tek, bahasa sarawak la pasya perey tetak macanya. Nakpa ka di kerepak nya, ada point juak la tapi lawak nang best. Bagi miak semenanjung maca entry tok, mesti penin palak nangga naktok nak? Sbb lamak tok tek mek mala jak klaka malaya bah. Gney nak polah, kawan yg byk nangga blog pun miak semenanjung, boifren pun smenanjung juak, nendaknyah. Boifren mek nannga naktok mesti tetak terkekek sebab sik paham papa. Haha...

Tapi bagi yg sarawak ya, terer la takorg interpret benda tok nak. So, special kit bah. hehe

Ok, mari mula!

Okeh, nak klaka pasal apa oh? Mek sbnrnya rindu nak balit Kuching tok. Diam kat Melaka tok banyak cabaran. Mek sikmok klaka psl cbaran kerja & assignment, ya siboh padah la, mmg tiap2 ari ada. Tapi tok cabaran luar. Contoh paling aku sik suka (Aie, tadik kamek, tok aku gik? eran ku), ialah perangei org2 tua kat sitok. Boleh dikatakan mun kta nangga biak kecik nak kurang aja eh, nok salu nyakat org molah kta sak ati jak, ha....adapatasikan biak2 kcik kedak ya, kepada org tua kat sitok. Mek bukan madah smua la...maybe org2 lain ada yg biasa jak. Tp mek rsa nang cara dgn culture sidak dah jenis kasau kdk tok. Itok bena mek mike koh...kenak cdak klaka mcm xda bahasa. Kita org Melayu bah, penuh budi bhsa.
Mun cdak ya tek org negro ka, sik eran juak ku tek. Tok la contoh2 cara cdak berckp dgn mekorg2 yg innosen tok:

"Kau ni blja skola tinggi2, tp buat bnda tu pun kau x reti ke?"

"Woi! Alih la kreta, bodo ke ape parking kt situ?!"


yg paling sik boleh belah ya tek eh, jiran aku tok, mekorg nang smpei kelaie tunggah polis sbb nya kurang aja glak. Malas ku nak engkah apa dikata nya ctok, byk glak. Dah la siap sumpah2 skali, sapa sik sak ati?

Sak ati nak takorg dgr? Benda boleh tegur cara bait, cd
ak melulu nganok orang kedak ya. Baruk tdk mek ngn housemate mek klua gi kedey runcit. Kwn mek bgk duit RM50 pkei byr brg sikit jak. Pasya org tua ya tek alu mdh kdak tok: "Aku ni kerja dr pagi, 8 jam dah, asyk tgk duit 50 je..bole x bg duit kcik skit? Plis? Aku da xde duit kecik da." HAHAHA... Kau nak nunggah kwn aku ya tek dgn "AKU", ko ya tek kacak glak nak jd kawan nya? Dah la cara kasar. Kwn ku empun madah, mun tpt nyaorg (Penang), org tua salu bhsakan dirik dgn Saya-awak / Makcik-Pakcik. Nyaorg mdh xpenah dgr org tua bhsakan dirik aku tiba2, xkenal nak klaka dakya. Aku pun trus la terigt cara org srwk bhsa kan dirik.

Mek rsa org srwk nang lembut lah. Cara2 greetings:

"Kitak mok apa tek deng?"

"Kamek sikda duit kecik, ktk ada x? Sorry ah..."

"Kamek dah lamak bejual ctok. Ktk baruk datang kah deng?"

Deng ya, mun di translate jadi "sayang" or panggilan manja mcm yang juak la. Nangga, org srwk, sik kira kenal sik, mesti berdeng2 juak, and bahasakan dirik dr Kamek-Kitak. Sangat rendah dirik.
Mun sitok? Adoohhh heh....Penin palak ku nenga. Sepek tauk sik, wlopun dah diam ctok dekat 3 taun. Cara cdak klaka nang kurang aja gila. Sik tahan! Mok balit!

Kadang-kadang nak....

Bila mek da kt Kuching n pg kedi beli brg....and pasya penjual ya bhsakan dirik kamek kitak, and siap deng2 agik, n bahasa yg sgt rendah dirik and lembut, aku tersenyum kt dirik sendrik.

and I'm thinking to myself...

It's good to be home.

=)

Saturday, October 23, 2010

Apa kata kamek?

Hari ini aku nak bercaaaakap je. Jadi jgn halang aku.
HAHA

Final exam ada 6 hari lagi. Korang tau ape aku buat? Spt biasa la, cam xtau kan.
Keluar tgk wayang. Tgk movie dlm laptop.
Online smpai buntut krem.
Lepak.
Gaduh.
Gaya macam xde benda penting nak dtg bai. Nnt lagi 2 ari nak first paper,
baru nak sayang kat buku.
Omputih kata ini procastination.
Melayu kata, malas. haha.
Tapi ni tabiat semua pelajar. Kalo ade sesape tgk yg belajar awal2 kan, mesti org ckp, ala tak COOL la!

Empat hari yg lepas aku pg concert PARAMORE. L
ayan Gila! Puas ati. Korang mesti pikir pg concert mesti melompat, teriak smpai anak tekak pecah. Tapi aku xdpt smua ni time concert ni sbb aku xde geng utk lompat skali. Haha..Rasa segan la kalo lompat n nyanyi sensorg kan. Ada la kawan dtg skali tp kawan bkn jenis yg nk lompat2... Dia betul jerit WOO~~ WOO~~ je tepi aku. hahaha...
Adik aku ngn kawan dia pun dtg gak. Dpt free tiket bai. Sape xnak pg kan? da la dia bg RM168 punya tiket. Yg kotak tgh tu..layan habis lah! Tapi mcm2 komplikasi la jadik. Seat x bgus la. Adik aku gigih carik seat bagus smpai ke wing sbelah. Ktorg smpai kna tahan pak guard kereks, seat kna rampas org, kna duduk atas tangga je(tiket free jd aku x komplen), pastu kna halau balik oleh org event organiser sbb kna duduk ats krusi.
Tp serius wa ckp lu, lepas Paramore naik pentas, aku nampak kelibat Hayley yg comel dgn rambut flaming orange dia tu, aku lupa trus komplikasi2 tadi.
Paramore punya performance MalaTOPZ uollz! Hayley punya perangai ats stage comel je. haha...
Tp byk slack la. Sound system teruk. Bunyi mic x kuat, bunyi music je terlebih kuat. Bingit telinga. Pastu ada skali Hayley tgh nyanyi tiba2 semua sound system x fungsi. Dia terus lari blkg stage. Kesian plak tgk....potong stim je..haish...pastu seat utk penonton aturan dia cam haram. pilih kasih. haha...jgn pilih event organizer ni lg! :p

Korang layan la gambar2 ni. Epic doe...

Aku ada borak dgn kawan aku ptg td. Dia cakap pasal org punya pndgn trhadap kita. Dia ckp, biasanya kalau perempuan tu baik, perangai baik, lelaki akan layan baik, dan sebaliknya. Benda tu buat aku terpikir panjang. Sering kali orang buat benda yg kureng skit kt aku, xkira la dr pelbagai arah, xkira la laki ke ppuan. So means aku ni xbaik ke? Perangai jalang ke? haha...
Aku pun kurang pasti. Mungkin slama ni da bg signal salah kt certain2 org. Kena betulkan?
Maybe.
Tapi aku nak start a new path. Berdasarkan apa yg kwn aku ckp ni.
Sbb kali ni mungkin aku lebih tau camna jenis signal yg aku bg kt org. Aku perlu baiki kebocoran sana sini. Aku nak cuba lagi, mungkin dgn org yg sama, mungkin dgn org lain2, kawan lama atau sbaliknya.
Yg penting tetiba aku ada smgt baru. Terima kasih kawan! Sayang awak! hahaha

Aku nak cepatkan masa.
Aku nak cepatkan masa smpai habis exam! Nak balik Sarawak, tatap TV, Laptop smbil kaki atas meja, dan diselubungi bau-bau rumah... :)
Aku nak cepatkan habis Diploma. Taknak cepat ke Degree tp nak abis diploma cepat. Camno tu? haha...
Nak abiskan zaman baligh.
Eh? Baligh still bole guna ke? haha
Kira cepatkan zaman adoloscence la. Nak zaman keja plak. Biarla, aku tau lebih mencabar tp nak rasa jgk!


Arini aku asyik x igt mana letak phone aku satu lg. Nsb bek ada 2 phone. (Dua dua phone murah ok, bkn cam korang, iPhone la, Blekberi la, Nokia E7 pe tah tu). Skali miscol jumpa kat bawah laptop.
Aik? Camne bole camtu eh? Akuuu pun tatauu...
Skali lagi jumpa atas washing machine.
Skali yg aku pelik ni jumpa dalam tandas, atas yg tpt flush tu. HAHAHA
Pelik tak?
Tak pelik kalau korg cam aku, mandi je nak bukak lagu dlm tandas.
Nak menari. Ada org suka nyanyi. Aku suka menari dlm tandas. Bkn menari disco ke ape ke..saja nak pusing2 dkt air, mcm hindustan, bayang cam ari ujan ke. NGAHAHaHA....
Eh! Sudah la..nnt pikir bukan2...siapa bayangkan pelik2, aku dush skali!
DUSH!
padan muka.

Sekarang aku makin nampak dunia nak kiamat. Sbb baru2 ni ada pasal yg kerajaan nak gunakan 5b untuk bina satu mega tower 100 tingkat. Aku rasa benda tu cam ridiculous je. Malas nak bertekak pasal politik ni tp aku nk bg sikit la pandangan.
Duit 5b tu boleh digunakan untuk banyak lg benda yg berfaedah. Seperti?

1.Jalan raya yg teruk dan lobang2. Lagi bagus upah sesiapa yg rajin, pergi pantau jalan diseluruh negari Malaysia ni. Setiap group satu negeri ada berpuluh2 org la, lps tu catat dekat jalan mana yg perlu dibaiki. Pastu report balik headquarter, guna duit tu, buat jalan. baik ak? hehe

2. Menolong para2 rakyat yang kurang upaya, miskin dan low-income family. Diorang sgt memerlukan. Sedekah banyak pahala. Lagipun cakap nak kurangkan poverty negara kita?

3. Baiki equipment atau menambah equipment2 yg diperlukan dalam proses pembelajaran di skolah tadika hingga lah Universiti. Ktorg kt UiTM ni pun byk kekurangan equipment, apa kata tambahkan? hehe..

4. Membayar balik hutang2 negara. Aku tau....ada sesetgh bangunan yg tinggi2 menggunung kat KL tu bknnya guna duit sendiri pun. Guna duit pinjam jgk. Atau hutang2 yg lain....

5. Membayar bonus yg telah dijanjikan kpd pekerja kerajaan. Ni aku dgr org ckp la.haha

6. Pulihkan mana-mana sistem di Malaysia ni dgn sistem yg baru dan lebih sistematik.

7. Dan banyak lg yg boel dibuat tp malas la..byk sgt.

Lagipun kan, salah satu petanda kiamat adalah semakin byk bangunan pencakar langit. Jadi kita mmg sgja nk carik nahas nk dekatkan diri dgn kiamat kan?
Sukanya. :)

Ok, itu saja. Penat jari.
Nk tgk movie.
Dah diam, jgn suruh study. hik

Saturday, October 2, 2010

Rasa Kehilangan

Orang tua tua selalu pesan, jangan tido time Asar hingga Magrib. Petang ni aku tido dari pkul 2 smpai pkl 5 sbb mengantok kena bgun awl, ada bengkel Muet. Masa aku bangun tido tu, aku rasa pelik. Actually aku sentiasa rasa perasaan ni tiap kali bangun time asar or magrib. Kritikal la...sebab apa yg aku rasa tu bole buat aku menangis.

Perasaan tu adalaha perasaan rasa kehilangan. Aku xtau exactly kehilangan apa, tapi time aku bangun, aku mesti rasa kehilangan. Bukan hilang benda tau, tp hilang orang yg aku sayang. Teruk kan? Dari kecik lg aku ada perasaan ni tiap kali bangun time2 x baik ni. Kadang-kadang kat rumah kt srwk, aku bgun tdo time Asar / Maghrib, aku rasa nak nangis sbb rasa kehilangan tu. Kadang-kadang tumpas jgk dgn prasaan tu. Ha, now u wonder knpa budak2 slalu menangis time bgun Maghrib kan? Mesti ada perasaan xbaik tu. So time aku bangun ni, aku selalnya akan bergegas turun ke bawah carik muka2 org yg aku sayang. Paling mujarab skali muka mak or bapak la. Kalau adik bradik ok skit la, tp x brapa nk berkesan dr mak bapak. Kadang2 bila bangun find out semua orang xde kat rumah (sbb adk2 pg tusyen, mak bpk keja), aku akan rasa kehilangan yg teramat sangat. Banyak kali jgk menangis sbb prasaan bodoh ni pdhl sblum tdo mmg da tau sorg diri lonely kt rmh, ahha. Bila family aku smpai rmh aku rasa nk peluk2 dorg. Tapi aku dah mula faham dgn prasaan ni, so aku pg mandi cepat2, solat dulu lps tu hilang la prasaan tu. :)

Tgk penangan tido time Asar / Maghrib? Tak baik kan? Sbb penah aku baca kt mana tah, kalau kta tdo lepas Subuh, rezeki kurang (lebih kurang cmtu la...xigt sgt..sila cari info yg lebh tepat). Kalau tido time Zuhur, bagus gak la...tapi jgn lama sgt! Rasulullah sendiri tido time Zuhur, tapi cuma 15 minit saje. Tido2 yg skejap ini di dlm waktu Zuhur boleh menyegarkan otak. Tp tido 15 mnit tu bkn mksdnya tdo kpla bermimpi2, tdo yg msh berfikir skit2...ha bukan tau. :) Kalau msh berpikir, cmna otak nak rest, ye dak? Ha, kalau tido time Asar & Magrhib, kalau x silap ada kena mngena dgn kemunduran, kemiskinan (bkn sja dr segi wang), dan otak yg x cerdas...something like that la. Tp once again, sila cari info yg lebih tepat ok. Ini cuma nk bgtau cmtu2 je. :)

Ok kanak-kanak....jadi jgn lah kita tdo berjam2 time asar mahupun Maghrib (especially Maghrib) sbb bkn saja ia membawa kpd kemudaratan diri sendiri, tetapi membawa kpd perasaan-perasaan yg kita tak sanggup nak hadapi, spt perasaan kehilangan seseorg yg kta kasihi.

Renung2kanlah dan selamat beramal... hehe =D

Wednesday, September 8, 2010

Hari ni aku rasa...

Ter-celaka.

Sebab bila aku fikir balik, aku teringat aku terlupa external hard disk dan kamera dslr aku kt rmh sewa. External hard drisk mmg aku tak sgja tak terbawak. Igtkan bawak. smpai rmh nak tgk muvi skali tgk xde. Tu pun x igt mana aku letak sbb msa nk kemas tu rushing gila2. Haih..risau plak aku. Dah la condition rumah tu senang utk org msuk.

Kamera tu plak aku sengaja tinggalkan. Aku tak tau la antu ape merasuk aku xnak plak bwk kamera tu. Sblum ni mmg aku minat nk capture every memori kononnye. Tp skrg nk amik gmbr pun malas. So aku pikir mungkin kamera utk cam whoring je. Aku boleh plak terlupe ade ari raya...camno nak ambk gmbr famili rmai2 ni klo xde camera? camera digital mak pulak anta repair rosak. Dah la satu family besau aku tu smua depends on me as the camera woman. haiyo..terpaksa la dissapoint dorg kali ni. Aku pun xleh nk explen knpa aku tinggalkan. Dah la aku risau gak dgn kamera tu di tggal camtu. haihhh

Aku pg gunting rambut td. SEMUA kedai salon PENUH. Mentang-mentang hari nk raya kan. Semua la nak ubah gaya rambut. Mostly aku pg smua pakat rambut nak rebonding la, straighten la, kaler la, krinting la. Kami adik bradik yg nak gunting biasa je ni mcm xde pluang je nk mencelah sbb smua hairdresser busy. Tp last2 dah penat crk salon, pg la salon cina ni. Rmai gk la, tp kerna x sanggup berjalan jauh dlm panas ketika puasa ni, so stay jela sana. Tak la tunggu lama sgt. Aku gunting rmbut bangs. Tp siapa yg buatkan? Lelaki. I have no choice. Damn. Nsb bek dia buat cantik gila, biasa la tgn laki kdg2 bila dorg nk delicate, they can do it better than girls. Tp mslhnya lelaki. Haih....bkn segan mslhnya...aku xpernah suruh lelaki gunting rmbut aku. Haihhh...Aku pun mngejar msa gk td. And dia pun mcm kesian gk muka dia. Haha...ape bole buat. Nsb bek gunting kt dpn je...

Aku rasa nak marah je skrg ni. Damn la. Aku berharap dpt luahkan rsa x puas ati, rsa risau, tp smua kena dissed dulu. Skrg bila aku ckp balik, da tak guna. Bole plak bg nsht rasa diri tu tua sgt. Tak suka.

Satu lagi baru je berckp dgn member2 yg agak menyokong aku. Aku tergelak sbb dorg bg topik spt Lelaki kuat menjalang, lelaki sundal. Semua pun aku kenal. hahaha... Ada betul gak dorg ckp tu. Tp biar lah, nak buat cmna. Hidup dorg.Kita takde hak.

Ok lah. Nak tido. Nnt rsa lg marah. Bye!

Tuesday, September 7, 2010

Camat Ghaye!

Hai,

Sempena nak raya ni, saja nak ucap selamat hari raya. Saya nak mintak maap kepada sesiapa yg mengenali saya.

Mula2 saya nak mintak maap kt mak bpk sbb dgn dorg la sy paling banyak buat salah. Tak kire la salah besar ke salah kecik ke. Harap mereka ampunkan dan salah2 yg diorg taktau plak? Aku mintak ampun kpd Tuhan. Yelah, kadang2 ni kite tak sengaje bila mak suruh buat itu buat ini, kita berleter sorang diri ckp letih la pe la. Ha...tau itu dosa. Tapi...tu lah...dah terbiasa rebel-rebel kt mak bpk ni. huhu... Baru ptg td sopping ngn mak and adik2. Mak belikan flat shoes carlo rino dekat nak RM90. Mak korg ada murah ati camtu tak? ado? mesti lah ada kan? haha... Tapi bila malam arinya mak suruh sidai kain, hati leluh mengeluh....tapi sy buat jugak ok! hahah...sorry mak sbb buat cmtu, walaupun mak taktaupun. Biasa la kita anak2 ni. hehehhe...

Kemudiannya nak say sorry kepada kawan-kawan seperjuangan, member-member in crime, dan sebagainya. Tak kire la rapat smpai bole peluk2, atau yang tak brapa nak kenal sgt mcm baru nak kenal dlm fesbuk ke, yang tegur2 camtu je ke kat kampus. Nak mintak maaf la kpd yang rapat ni sbb kadang-kadang saya ni malas nk balas mesej korg ke. Kadang2 ayat yang kluor dr mulut ni buat terasa ati ke. Kekadang tu guna barang korg sesuka ati ke. Tak jaga barang korg ke. Menyakat korg smpai tahap air mata ke. hik =) Korg sabar lah ye dpt kawan mcm saye ni, sbb tu nak mintak maaf.lps raya buat lg ok? haha!

Ketiga, saya nak mintak maaf kepada yang adik beradik. HAH! ini paling byk gadoh kot. Sorry sebab bertumbuk. Sorry sebab bertekak. Sorry sebab menyalahkan kau atas sbb yg tak munasabah. Sorry sebab tak mau / malas ambik kat kampus. hahaha... xpe, dgn korg la paling sronok gadoh. ngehehe

Lagi...nak mintak maaf kepada yang special ni. Dia antara org yg paling saya sayang tp banyak salah saya dah buat kt dia. Mintak maaf ye sebab ego saya ni tinggi, saya degil dan saya complicated. Ye, saya sgt complicated, smpai awk pun malas nak layan kan kan kan? hahaha...Saya jugak paling susah nak buat decision. Saya cepat melenting. Mintak maap smpai ke hujung jari kaki besau sy ni sbb saya kadang2 tinggi suara kt awak, biarkan awak tanpa berita, x jawab phone sehari2, malas nak layan perangai awk, asyik nak menang je dan sbgainya...Tapi bak kata awk tanpa smua ni our relationship tak kalerful kan? hik...

Dan terakhir skali nak mintak maaf kpd sesiapa jelah. Yang paling rapat,yang tak kenal, yang dah lama kenal, yang baru kenal, yang dah setengah2 kenal, yang dah lama kenal tapi xde pape dah skrg...eh byk plak. haha... Mintak maaf sbb suka kepo ke, suka perli ke, suka bertanya benda pelik2 ke..hehe... suke marah marah ke...kan? haaa..so mintak maaf lah ye. takyah ade simpan dalam ati ye. Tak baik. hehe

Ok, akhir kata... Selamat Ari Ghaye Aidilfitri! Smoge kite beraye ni xde hatred in our hearts, x gadoh2, okeng? hik... Jgn lupe singgah rumah kluarga yg dekat dan jaoh. Jiran tetangga dan kawan2 jugak skali. Klo boleh paw duit ghaye skali ye. hehe.. Bye!

Tuesday, August 10, 2010

I'm Sorry

It's just that I don't trust guys anymore. You should understand after what happen before.


I'm sorry.

Thursday, July 15, 2010

Macam - macam ragam

Apabila kita dah tinggal bersama dgn ramai2 org, contohnya di rumah sewa, di kolej, di asrama atau sbgainya, mesti kta jumpa manusia dgn kalerfool perangai. Ada kita jumpa yang menyakitkan hati, ada yang menggelikan hati, ada yang kita sendiri x paham knpa dia berperangai cmtu, dan ada yang sgt naive smpai smua org ckp dia prcaya.

Apa kita nk buat klau kita berhadapan dgn orang2 cmni? Klau yg menggelikan hati dan menyenangkan hidup, xpe la gak. Tp cmne nak deal dgn yang xbrapa indah dipandang mata atau diterima hati ni?

Setiap orang akan menerima nasib yg sama (kot la) dan ada saje bnda kawan2 or org lain buat kte xtahan. Tiap2 hari kena bahan ke. Ataupun tiap2 hari kena sebut pasal duit, suruh bayar hutang itu, hutang ini. Atau yg kuat membebel, benda simple2 yg kita biasa buat kt rumah pun dah jd salah, mcm dia je yg betol. Eh, aku plak dah membebel ni. So, cmne ek?

Mungkin kta perlu berterus terang dgn orang2 spt ini. Selepas meluahkan perasaan, jgn kita pikir kta akn selalu menang atau dpt sruh org ni paham tau. Kdg2 ada yg bertindak negative jgk. Die dgr luahan kte, kte xsuke die buat cmni kt kte n bla3...pastu nmpk cam die terime, die mintak maaf pastu peluk2 ke. Hari berikutnya, dia simpan dendam. Ha, ini bahaya kan? Ada plak yg sentap berhari2 sbb die anggap kawan2 x suke die dah. (penah jd msa skolah rendah dlu...punya la susah nk pujuk balik. bila dah pujuk tu buat balik bnda yg kta dh tegur. Baik xyah pjuk, kan senang die diam je. hahaha) Tp ada yg ambil scra positive (Alhamdulillah, anda mendpt kawan yg bgus utk diri anda). Dia dgr, die paham, dia nangis skit2 ke pastu mintak maaf. Hari berikutnya dia da xbuat lagi, wlaupun semalaman terperap kat bilik memikirkan ttg atitude die kena tuka. So lps tu xde lg dh die buat benda yg menjengkelkan tu. Ini bgusla, xpayah kte pkir byk2 lg, senang dpt kawan cmni. Tp jgn plak kte pijak kpla dorg balik ye?

Tapi kebanyakan kes2 spt ini, bila kita cuba nk luahkan prsaan kita, jadi lain plak. Cmne saya tau? Sbb sendiri penah experience dan byk kali gk dgr org lain ckp bnda2 cmni. Apa yg terjadi lps luahkan prsaan tu? Ada kemungkinan friendship korg x sehebat dahulu. Korg da x serapat dlu, x kongsi mkn sma2, x gosip sma2 (klau gosip pun tgl yg kering2, yg bosan je), dan tidak keluar lepak same2. Tapi bila jumpa tegur mmg tegur ar. Tp apa jd dgn frenship tu? Sy pun xtau nk jwb apa. Sbb terpulang kpd org tu nk terima dgn baik ke x, kta cuma ckp utk kebaikan die jgk, sbb org lain pun dh naik darah gk dgn die.Jd sbgai kwn yg baik sy tegur la, tp die sentap kot. dah la, lantak la. Dah berkurun da cite ni.

Ok, selain luah perasaan, kta juga boleh perli die. Perli smbil gosok2 kan perlian kte tu kt muke die. haha. Contohnya carik kslhn die yg hmpr sama dgn kslhn kte tu (klau ada yg sma, lg bgus) pastu bile die da mula membebel kt kte psl kslhn kte tu (which is not a fault at all, cume die je yg jnis annoying), kte perli la die balik dgn ksalahan die tu. Gerenti die terdiam! hahaha.Bile da terdiam tu pndai2 la die pikir. Tp jgn la perli smpai bole bwk gaduh. Hanjing skit2 je, mcm org cubit je. haha.. Klau kte xdpt crk kesalahan die, perli la kt die ckp, "Mak aku lg x kuat bebel mcm kau." Pastu smbung la dgn ayat2 yg berkenaan yg x menyakitkan hati die. Ayat2 itu haruslah berunsurkan seperti ANDA yg menjadi MANGSA. Kesiankan dir ANDA. hahaha.. ok, sbnrnya perlian ni panas skit so tdk digalakkan la utk buat ye kgkawan.

Besikeli, anda kena lihat perwatakan kawan anda tu utk mengorak langkah sterusnya. Jika dia jenis yg kebudak-budakkan, anggap kta sdg deal with bdk kcik minx gula2. Then kta gitau die ape yg kte x suke or rsa hati kte, mcm dgn bdk2...buat jokes ke ape ke..klo boleh disertakan dgn lollipop skali.hahah..klau yg akal matured tu, deal la spt anda brckp dgn org tua anda. mesti berjaya! haha..sdkit sbyk buat, slowly, so that you can see the progress and go on with it without hurting anybody.

tenqiu.

Wednesday, June 9, 2010

10 Tanda Pasangan Ada Jodoh

Benda ni aku amik dr notes org lain dari fesbuk. hahaha.. Aku cuma interested skit dgn tanda2 ni...bukan nak ckp aku percaya, tp apa salahnya rasa best skit dlm jiwa ni bila baca utk suka suki kan? Apa2pun mahu diingatkan, Jodoh itu ditangan Tuhan dan hanya Dia yang tahu siapa jodoh kita. :)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, May 23, 2010

Nak bersembang

Xde org nk bersembang (tipu sbnrnya pdhl tgh chatting kt ym :p) so bersembang la dlm ni ye. I'm a bit excited sbb esok my best friends akan sleepover kt rumah yg bersepah ni, and we all akan buat cupcake sama2! weeee~~ nk try black & white cupcake, chocolate moist cupcake, vanilla cupcake (the frosting pndai2 la ktorg hias) & maybe caramel chocolate cupcake. hehehe...

Hmm...update utk cuti ni, agak beraktiviti jgk la drpd duduk rumah je, mengkrem kan bontot jek. Since aku mula dpt sakit blkg sejak 2 - 3 minggu sblum cuti sem, aku dh jumpa doctor & he gave me ubat urat sbb mmg urat bersimpul ke ape, something like that la. Tp bila balik ni, ubat dh abis & sakit dtg balik smpai effect kaki kiri. Sakit die masyaAllah berdenyut2. Bila org tnya cmne sakit tu, or bila kawan aku tnya sakit apa, aku explain, xde sape paham or tau yg sakit ni masuk akal x. Kawan2 aku la buat mcm sakit ni nothing je. Pdhl it effects my daily life. Susah nk buat keje berat, membongkok dan nk relax pun susah, sakit blkg. So I don't really mind, asal sakit ni hilang suda. Smpai satu hari tu mak aku bwk pg doktor skali lg. Doktor juz bg nasihat, vitamin & ubat sapu. hehe..nasihat die tu buat aku sedar sbb die ckp suruh amalkan cara hidup yg sihat spt slalu exercise. Aku jarang sangat2 exercise sbb mungkin aku rsa xperlu and malas. Tp bila aku pikir balik, bila aku start aktif, sakit blkg aku berkurangan. So aku pon cube la 2 3 ari ni aktif. Try utk tidak duduk sentiasa. Bila aku rasa sakit je kt blkg pas duduk lama2, aku trus klua rumah, main ngn adik aku kt luar or pinjam beskal die kayuh2 around tmn, wlaupun beskal die kecik skit.hahahha...Tp skrg dah mkin ok. Aku pun asyik klua je, so sentiasa aktif la. hehe

Satu lg, adik aku aritu mintak tlong aku buatkan outdoor photoshoot utk kwn2 die dlm 15 org smua. awal pagi plak tu kat ampitheatre. So aku pun cuba la. Smua berpuas ati tgk gmbr2 tu & aku even edit2 gmbr tu and printkan. Lenkali klo ada org mintak aku charge la. hahaa..xdenye service cmni nk buat free2 ok? haha...

So...em, ape lg ek? Ha! misi cuti kali ni:

1. Tgk wayang cerita2 yg best2..haha (ni kira mission ke? hahhaa)
2. Dapatkan laptop baru! hihihi
3. Bersenam selalu
4. Nak belajar memasak
5. Nak keje
6. Emmm...tu je kot. hahaha

well, entry ni sja je nk buat blog xberhabuk. mana la tau ada tikus mati ke ape ke kt sini sbb lame sgt x bukak. :p

2.

Friday, April 16, 2010

Bla bla bla

Bila kta berasa sedih, ada saja golongan2 org yg supportie dlm kluarga atau kwn2 akan bg nasihat yg membina, yg buat kte berfikir panjang dan mendalam. Akhirnya kita x sedih lg dah. Aku dah byk kali da berada dlm situasi ni, xkira la masa skolah rendah, skolah menengah dan universiti.
Bila kita rasa rendah diri dlu, kawan ku penah bg nasihat, "Awak jgn mcm ni. Byk lg org lain yg ada kelemahan msg2. Xde sape yg perfect. Cthnya saye ada mslh......" Dan benda yg die ckp tu buat aku senang hati.
Bila aku rasa marah kt family, Kawan aku jgk yg ckp "Biasalah perangai kluarga kta pelbagai. Terimalah keunikan mereka..." hahaha...
Dan bila kita 'break' dgn boyfren kita (haha!), it seems the end of the world smpai kawan2 rapat aku smua menyokong dan menangkat balik smgt aku. Apa yg aku xbleh lupakan antara yg the most classic and yg plg berkesan adlh nasihat ini: Don't worry, you will find someone better. Classic gler kan? Sumtimes bler dgr org ckp ni, kte rsa nk buat muka n ckp pppfffttt... Mcm la btol2 akn jadi. Aku dulu pun cmtu gak. Agak x percaya sgt la. Pastu nk dijadikan cerita, seminggu lepas aku merasa sedih tu, tetiba dtg sorg mamat ni yg supposed to fill the hole in my heart, konon la perumpamaannya.
And it really happen! I thought it was just....some usual thing happening, I just didn't see it happen. Ktorg jumpa pada tarikh yg sgt sesuai plak. Hahah... Kan kan sayang? hehe...Pastu genap 2 bulan ktorg jumpa tu..........heheh..:)))) Pandai2 la pkir sendiri. He is an upgrade of version 1.0 to 2.0. Hahahaha..And Malin now?? A new girl with new passion, new chapter in life and also a more relaxed, couldn't-care-less of the world, of version 2.0. Hahahah..

Wednesday, April 7, 2010

Bbq level yg agak 'sedih'

Dalam pkul 8 mlm ni, level ktorg ada buat dinner lvel which involve bbq kt dining. Aku trun2 bwh tgk 3 org je handle api tu, ktua lvel ngn bf die n sorg lg junior, Siti. Aku sdeh tgk, so tlong la skit. Pastu junior2 yg lainmula trun dlm 3 org cmtu. Api gila kuat n bara die panas gler n bler ktorg bakar hotdog, kt luar hangus tp kt dlm xmasak. Burger pun sama gk. Aku agak hangin la,ada yg sorg ni, dia mulakan api tp pastu blah cmtu je, dah la tgglkan api n mknn hangus terbakar. tp xpelah, aku ngn yg lain2 gigih nk cuba kurangkan bara die dgn buang skit arang n percik2 skit air. But nothing happens. Dlm kul 8.30 cmtu, smua da cam nk give up. Asap pun da msuk dining n org dlm dining da btuk2. haha...Ksian plak. Ktorg pun msing2 buat plan smaada nk stop, goreng sendri kt lvel since ada bdk yg bwk kuali or smbung je, cuma erlu perlahankan skit api n bara.

So I called pa'an. <3 Suruh die dtg. Igt nk lepak2 gitu je smbil tlong2 bbq kan, skali mmg da havoc gler ktorg, aku minx tlong die jela. Die pun da expert benda2 gini, salu buat ktkan. haha... So die handle smu api tu. Mula2 mcm segan je ngn bdk2 ppuan bdk lvel aku. Hahak! Tp die yg gtau ape nk buat. Die suh alihkan tpt bbq tu kt tepi tasik je, n die jgk yg angkatkan bnda panas tu ke tepi tasik. Sian die...tp suke plak tgk laki buat keje. hehehehe...gatal. haha. Pastu die plak yg take over smua ni, aku plak segan. haha.. die yg tlong kcikkan api, letak arang balik, handle api n bara, letak ayam....sape punya dinner level sbnrnya ni? hahha...

Lepas tu da smua under control ktorg mula la membakar dgn amannya tepi tasik tu. We also find out senior aku kenal plak ngn paan. Adoi, such a small world la. kwn berkait2 je. haha.. So smbil memasak tu sembang2, gelak2, berpeluh2, golek2 ayam, kipas2, dan sediiihh je. hahahha! Tema ayat arini sediiihh je. Sebab golek ayam skit, ckp sedih, ada aym terjatuh, sedih lg. Burger x msk pun lg sdeh. hahaha... tp xpe. smua hepi. Paan pun dpt mkn skit. Tp aku rsa xckup mknn tu utk bls budi die...sbb tu junior aku pun ckp, ha, kak malin da kena blnja abg paan da ni. hahahaha... Comel je kak malin n abg paan. hahaha!

Da siap smua di masak, habis la 'event' yg sedih ktorg buat ni. haha... Walau ape pun, satu level ktorg berterima kasih byk2 kt Muhammad Farhan Bin Che Hassan! *ramai2 jerit, thank you!!* hahah...Aku pun xtau cne nk bls budi die, hahak...appreciate sgt ape yg die buat, pdhl mule2 plan asl nk lepak gitu je. Ni yg buat rsa makin sayang ni...hihihi... <3

Ni ada la skit gmbr td:


Saturday, March 20, 2010

Random tgh malam

Random things:

1.You
2.Dealova - lagu you nyanyi utk i. Trus dpt lena...hehehe.. <3
3.Tako Tao
4.Layu - Malique (patriotik mlm2)
5.Hati mau tapi takut.
6.Duit makin sikit dan sikit dan sikit dan sikit dan sikit
7.Makin malu nk mintak duit. Adoi.....nape la jd cmni...
8.Never Say Never
9.Dia ada ciri2 idaman <3
10.Xsangka 0.0
11.I know u still can't get enough of me. hahhaha
12.You become my entertainment now. For my late-nite laugh
13.Ckp psl org itu ini tp xsedar diri buat jugak sbnrnya. cuba pndg diri dlu..terima kasih.
14.Ngantok
15.Baby we both shared a secret wish
16.The closest with me knows me well. They know Im not ready.
17.Thanks for filling up the empty hole.
18.Nak balik kuching
19.Eh Ya Allah lupa nk smyg!
20.Publish post -> Offline -> sembahyang -> Tidur....zzzzzz

Friday, March 5, 2010

Tak Sehat

Current SOng: Happy Ending - Mika |

Sekarang, situation dan position aku skrg ni mcm org yg pantang, or bak kta org srwk: Org tahamben. Hahahaha! Why? Skrg ni, kedua2 tapak kakiku disapu dgn minyak angin, dan disarungkan stoking, kt kepala bersapu minyak kapak, perut bersapu minyak angin, ubat dan pill smua bertenggek ditepi katil. Smua ni sebab aku mengalami Gastric pain. Segala minyak angin dan stoking tu smua utk prevent angin masuk. Kaki aku td dah rasa sejuk2 dan perut aku xsedap. Aku terus mkn ubat, sapu smua minyak yg ada dan bairng smbil dgr lagu. Baru sedap dan selesa skit rsa.

Gastric ni agak teruk la. Dr hari selasa start cmni, mungkin sebab2 tertentu. Satu): Terlambat makan. Yg ni kurang paham la sbb aku lambat mkn skejaaapp je. Tu pun sbb nk siapkan assignment. Sensitip btol la haih. Dua): Stress. Minggu ini sgt stress. so much to do with so little time. Plus aku kena saman and dat really let me down. Tiga): Aku makan dan minum terlalu byk brg acidic. Air gas, air teh dan sbgainya.

Bila time sakit2 ni kan, byk benda aku belajar. Mungkin ada hikmahnya? Mari pikir sama2. Mula2 time sakit ni, aku terpikir pasal ujian Allah kpd kita. Kpd aku. Aku da byk kali gak kena sakit2 yg lbeh teruk dr ni, smpai msuk hospital. Kdg2 terpkir gk la, apa dosaku ni? Tp at the same time, bila pkir cmtu, kta jd rendah diri, sbb kta tau kita da byk buat dosa. And Allah cuma nak uji kita dr segi kesihatan. Jika kta dpt lalui ni dgn baik, kita mmg hebat! cewah. haha... Satu lg benda yg aku belajar is we get to know who really care about us. Wlaupun org itu x show sgt caring die tu, tp nasihat dan cara dia aku da bleh dpt tau dia amik berat psl aku. Ada plak yg benar2 tolong aku, sentiasa nasihat, paksa aku gi klinik pun ada...hahha...By this I get to know who my real frens are. Thank you all. :)

Sunday, February 28, 2010

Mak! Nak duit!

Sekarang ni, sptutnya aku patut siapkan 3 kerja (broadcasting, modern issue & publishing) tp since 2 drpd kerja ni memerlukan internet, & internet plak lembab cam siput, aku tulis la blog smbil berfikir ttg kehidupan dan keperluan seharian. Kali n ink ckp pasal DUIT. Yea, mmg common sgt benda ni dicakapkan sebab smua benda perlukan duit. Cuma skrg ni aku sgt memerlukan duit utk pelbagai benda tp rezki xsampai2 lg.
Baru smlm aku kluar beli brg keperluan, so cucuk ar duit kt atm. Aku cucuk kt bank Islam, tp xnak tgk balance sbb aku tau the last time Aku check tinggal rm50 kot. Skrg aku kluarkan 50 so jdnya Kosong la akaun dr PTPTN aku ni. Adoiyai. Nak beli brg keperluan spt air, pencuci baju dan ubat gigi pun xbleh byk2. Sbb pkir nnt nk byr duit minyak lg. Minyak kreta da la tinggal 2 bar lagi. Aku ni jenis yg xbleh duduk diam klo tgk tangki minyak kosong. Rasa nk isi je. Haha..pastu duit topup plak. Minggu ni da la minggu busy, byk org nk kena call, nk kna confirm sana sini. Kredit pun tinggal brapa ringgit lg.
Tadi baru call mak, sembang2 la skejap. Mak aku boleh plak pg menjeleskan aku bila dia ckp dia beli laptop baru kt adik aku. Dell Inspirion yg baru tu, kaler merah plak tu. Adddduuuiiiissshh…. Da la aku terigin sgt nk beli laptop baru. Gantikan laptop aku yg usang nih. Mak aku ckp, “Belajar la rajin2 dulu, bila nk msuk degree nnt mak belikan yg baru.” APA NI MAK??!!! Gler lama nk mnunggu! Hahaha… Ada setahun stgh lg ni. Xpe la, atleast aku dpt kreta, adik aku dpt laptop je. Ape ada hal?? Ngahhaa..But still, aku da berangan mcm2 da nk letak software ape dlm laptop baru klo dpt la kan. Tp mcm xjadik je fantasy aku ni. Haha…
Hummm..penah gk terpikir nk carik duit sendiri. Tp cmne? Ape talent yg aku ade utk jual brg ni? Hahah…penah terpikir nak jual kuih. HAHA! Tp sebarang kuih tau. Kuih yg asalnya dr France klo x silap, nama dia Quiche (di pronounce Kish…nak kissshhh! Hahak!). Sedap die Omaigod….mesti nak dan nak lagi. Tp mslhnya kt mane nk buat? Rumah bknnya dekat. Dapur kt kampus ni bknnya ada pon. Huh…. Penah jgk nk buat sewa broadband tp skrg masing2 dah ada broadband, and kelembapan broadband itu sama seperti xde internet langsung – jadi hangat2 taik ayam la impian ku tu.
So Nampak seperti xde la nk carik duit sambilan kt sni kan. Tambahan lg dgn idup busy kt kampus. So apa yg aku boleh harap skrg adalah untuk naikkan lagi pointer aku sampai 3.8 or 3.85 pun boleh la sbb klo aku dpt smpai ke 3.75, xkan xdapat 3.8 kan? Dan dgn pointer sebegitu tinggi (cewah) bole buat mak aku bangga giler and bila aku nak laptop die bagi je. Ngahaha! Macam tu la aku mintak kt mak aku sebijik kreta myvi. Klo kreta boleh dapat dgn pointer 3.75, amacam 3.8 dgn laptop? Haaaa…pkir la sendri. Hahaha..
Ha, sambung balik kpd conversation ngn mak aku td. Last2 tu da nk letak, aku mintak la dia msukkan duit skit kt akaun bank aku. Satu ni aku saying kt mak aku. Asal aku mintak je duit, die msukkan. Cuma satu je, aku teramat amat amat lah segan nak mintak duit kt mak bpk aku ni. Seriously, mmg dr zaman kcik2 skolah rendah dlu, segan nk mintak duit tu mcm nak mintak permission boleh x nak kahwin. Ngahahah… Aku terigat zaman skolah rendah dlu, sbbkan aku xnak susahkan bpk aku kluarkan duit, Aku sanggup kais skit duit tabung aku and mintak selebihnya dr bapak so dia xperlu bg aku duit byk2. Misalnya klau cikgu sruh byr yuran itu ini, total RM20, aku amik duit aku RM10, aku mintak lg 10 dr bpk la. Aku teruskan kerja ni smpi ke skolah mnengah. Aku xtau knapa aku segan sgt nk mintak duit. Mungkin aku rasa aku xdpt berikan apa2 utk dorang balik. Setiap kali tangan aku ni capai duit kt tangan parents aku, apa yg terlintas kt kpla aku ni adlah, “Adakah kau pernah balas jasa diorg?” Skrg ni yg aku mampu adalah utk tidak menghampakan dan hanya membanggakan mereka. Sbb tu bila aku banggakan diorg dimata family, Yarabi bahagia dalam hati Tuhan saja yg tau. Bila aku disappoint dorg plak, aku rsa nk nangis dan xbleh duduk diam.
Tp xpe lah. Skrg ni keadaan terpaksa utk mintak duit. Baru nk msuk bulan ke 3, aku dah belanja dekat nak RM5000. Percaya x? Percaya lah. I keep track on these things tau! Tp bukannya nk berjimat. Hahak! K la…harap2 kali ni aku kurangkan perbelanjaan aku, ksian mak. Hehe…

Thursday, February 18, 2010

Coretan yg agak menyampahkan

Ari ni aku ada interview dgn publisher Yamani Angle kt Ampang. But that's not the point. Hari ni byk benda berlaku actually. Msa interview tu ktorg find out yg dia adlh super duper senior ktorg dlm PR..and he did AD Photo msa diploma. Im like, wow..and look where he's now? having his own publication house, this Mr. Nizam we interviewed. He was really friendly and nice and answer every question like we wanted and even gave us free books that we're researching on. Pas interview tu die bwk ktorg lepak mamak kt sblh ofis die. Bile aku gtau die aku org srwk, bkn main interested plak die tnya bnda2 psl srwk...hahha...

Ok, pastu ktorg pg la time square. Ktorg igt nk buat fish spa, benda yg sruh kaki kita 'dimakan' oleh ikan2 kecil tu...haha... Tp ktorg pun nk tgk wyg skali. Tgk queue kat gsc TS punyalah panjangnya nauzubillah.....try la booking guna phone plak an, taktik yg lama da aku guna if line pnjg, aku book n trus dpt pg ke retrieval tiket booth dgn cpt.haha...Tp kali ni line bz nak mampus plak. adoi...so we just jalan2 aorund ts, and aku beli la satu cardigen ni rm15 satu...

Then we decided to watch movie kat pavillion je. Igtkan skit org, rupanya byk orgnya mcm ada buat concert kt citu...pdhl xde pape..haha...apa bleh buat an, kna la beratur kt gsc tu...line die pnjg smpai terkeluar dr pintu gerbang gsc.haha! Dlm ktorg menunggu tu, perut masing2 da berkeroncong. Perut aku plak menyanyikan lagu tradisional gendang srwk, mkin pnin kpla aku. da la pagi td pas breakfast ngn en.nizam aku trus high sbb angin msuk kot. Penin kpla aku msa tu rsa nk tdo je n i wish sumone bleh urutkan kplaku msa tu..huhuhu

Tp wlaupun kpla pnin n perut lapar, aku ada entertainment lain iaitu melihat gelagat budak skolah yg couple2 dpn ktorg ni....adoiadoi lawak. Both are good looking la...but both cannot keep their hands off each other. I didnt envy them because looking at them reminds me of how stupid we are when we are still naive. Dah, xmau ngumpat2 psl dorg...da la bf ppuan tu asyik tgk2 aku, dh sah sgt gatal. hahha. xsedar diri msh skola..ahha

Ok then dh dpt beli tiket wyg pkul 6.45pm, The Wolfman. Ktorg pg la makan dlu kt kfc n there are so many teenagers between 13 - 21 are there. I was trying to figure out their age, sbb xde keja. Tp kpla smkin pnin tgk rmai sgt manusia. Tp yg kami bincangkan msa tu adlh, hampir setiap table, ada camera DSLR. Skrg mmg da jd trend ek bwk camera dslr ni...kira cam cooler la dr digital punya. Xkira la org tu pndai ke x sbnrnya guna camera tu, asal dpt yg bsr2 punya, berat2 punya, jadikla...haha

Nk pendekkan cerita, ktorg tgk la movie tu. Bolehla jln crita tu..predictable but suspen dia agk bodo2 wlaupun aku sendri terkejut bbrapa kali. Dlm wayang tu tetiba rasa rindu kt seseorg. aku terfikir la, cmne klo tgk wyg ngn dia n dia tgk aku cmni? hahahha...and after aku terigt kt org tu, aku realized again one thing. That realization makes me happy. Because Im not thinking of the one yg slalu aku fikirkan asal msuk wyg, tp kali ni org lain plak...hahahhaha..lawak pun ada gak..ahha

Ok, part lepas tgk wayang ni part best skali. Ktorg stop by kt tnds n by the time aku klua, aku usha la sorg mamat ni. Hensem la gak, but that's not the point. Dia tgh khusyuk sms ngn org. Dlm hati aku: "Mesti sms awek." Pastu tetiba this one girl muncul dpn die n laki tu terkejut gila and hide phone die kt blkg n buat muke x bersalah. Awek die tnya la pehal. Die jwb, eh, xde ape2..pdhl tgn rapat dah kt bontot tu...haha...Aku xleh tahan, aku tergelak. Tergelak sbb apa? Sebab gelagat lelaki zaman skrg ni. Wahwahwah...ada awek, pstu sms ngn ppuan lain dia guilty plak kan? Aku ada byk benda nk ckp psl ni sbnrnya...laki ni, dh ada dpn mata tu amik jela. Dh bosan? common la...itu alasan yg xbleh di amik pkai la. Ok, fine la kan kta msh muda bole crk rmai lg pilihan. But must it involve breaking someone's heart?

Ok, aku bunyi emo plak mlm ni..dah la...pening ar...xmau ckp ag psl ni....nk pkir psl ni n nk ckp psl ni mmg akn jd pnjg so....wasalam jela...

Saturday, January 16, 2010

Couple = Cinta?

I FOUND THIS GREAT ARTICLE ABOUT LOVE. Everyone should read this, really. Menghayat hati sungguh.

Kredit: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-couplecinta-saya-kata-tidak/

Ada orang tanya saya di dalam shoutbox. Adakah saya pernah bercinta. Saya kata pernah. Kemudian dia tanya, adakah saya pernah bercouple. Saya kata tak pernah. Kemudian dia pelik dan berkata:

“Macam mana tak couple, tapi bercinta?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini. Saya pun dah banyak kali ulang di Langit Ilahi berkenaan perkara ini.

Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.

Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.

Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, ikhtilat itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah… kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Sahabat saya ada menyatakan kepada saya apabila saya berbicara berkenaan cinta sebelum kahwin. Dia kata:

“Ana rasa enta patut jelaskan. Mungkin ada orang yang salah faham”

Jadi biar saya terangkan di sini. Saya tak pernah kata bahawa bercinta sebelum berkahwin itu adalah dibenarkan bercouple, dibenarkan melebih-lebih dalam hubungan lelaki perempuan dan sebagainya. Malah dalam beberapa artikel saya, saya dah nyatakan bahawa saya tidak menghalalkan couple.

Apa bercinta sebelum kahwin?

Mempunyai perasaan cinta, biasanya waktu bila? Mungkin zaman mak ayah kita dahulu, kahwin datuk nenek kita susunkan untuk mereka. Zaman tu mungkin kita boleh kata – cinta selepas kahwin.

Zaman sekarang, paling kurang pasangan kita tu adalah yang belajar sama sekolah, kerja tempat sama, pernah bekerja sama dalam apa-apa program. Apa-apa pun, ada pertembungan sebelum perkahwinan yang menjadi trigger kepada rasa nak kahwin dengan dia.

Rasa nak kahwin dengan dia tu apa? Itulah perasaan suka, nak, yang kemudiannya kita katakan itu adalah ‘cinta’. Jadi, kalau cinta sebelum kahwin ni haram, maka ramailah orang zaman sekarang, asas perkahwinannya haram. Sebab rasa suka tu datang sebelum kahwin. Persoalannya, benda-benda macam ni(jatuh suka, jatuh nak, jatuh cinta ni), boleh atur ke? Macam mana? Sebab itu, saya tidak memilih mengharamkan cinta. Saya memilih untuk menunjukkan cara bercinta.

Bila kamu ada rasa suka pada seseorang, kamu cakap dan luah pada dia bila kamu bersedia. Kalau dia terima, di situ secara tidak langsung sudah ada kontrak antara kamu dan dia. Hubungan kamu pula diketahui oleh ibu bapa.

Maka tidak salah mempunyai perasaan cinta ketika itu. Bercintalah macam orang belum berkahwin sepatutnya bercinta. Janganlah buat gaya macam dah lepas kahwin pula. Sebab itu saya sering kata, kalau ketagih sangat nak berdating, suruh famili anda ajak famili pasangan anda keluar makan. Kalau rindu sangat nak jumpa, ajak keluarga ziarah rumahnya. Senior saya pula(Abang Amir, telah berkahwin) berkata, kalau sms, urusan yang sangat-sangat penting sahaja. Lepas sms tu, delete cepat-cepat yang dia sms tadi. Supaya kita tak baca sms tu banyak kali dan kemudian mengheret kepada zina hati. Pendek kata, hubungan tu masih macam orang belum kahwin ya. Masih banyak kena jaga.

“Susah la macam tu”

Habis, ini sahaja jalan yang ada kalau nak bercinta sebelum berkahwin. Nak lebih senang, kahwin la.

Kenapa saya tidak mengharamkan cinta sebelum kahwin?

Sebab untuk cinta itu boleh muncul bila-bila masa sahaja tanpa kita rancang. Cinta ini bergejolak dan senang memberontak. Kita tidak boleh tundukkannya dengan berkata – itu haram, ini tak boleh – dan sebagainya. Tetapi kita boleh lenturkannya dengan – boleh, tetapi ada syaratnya –

Maka, hendak mencapai boleh itu, ikutlah syarat-syarat yang disediakan.

Tengok diri dahulu

Saya lebih senang kalau dalam bab cinta ni, kita tengok diri kita dulu la. Tengok diri ni, bukan maksud saya duit. Duit tu nombor 100 dalam perkiraan saya. Perkara yang pertama kita kena tengok adalah, apakah kita sudah bersedia dengan tanggungjawab nak bawa anak orang lain masuk syurga?

Itu yang pertama sekali. Yang kedua, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak?

Yang ketiga, apakah telah dipersiapkaan ilmu, emosi, mental dan jiwa untuk berkeluarga, menghadapi cabaran-cabarannya, mendidik orang-orang di dalamnya?

Jangan nampak ending hubungan kita dengan pasangan kita hanya di gerbang perkahwinan.

Ada dunia yang luas, penuh cabaran dan dugaan, menanti anda selepas gerbang perkahwinan itu.

Yang bercouple, apakah anda berfikir?

Jadi bila orang tanya saya, apakah yang beza orang bercinta dengan orang yang bercouple?

Bezanya, satu pihak fikir perkara-perkara yang saya sebut di atas ini, dan berusaha mati-matian menyiapkan dirinya. Satu pihak lagi, fikir nak seronok, nak happy-happy aja, dan tak fikir pun selepas itu apa yang akan mereka hadapi.

“Kami couple sebab cinta la”

Maka saya kata, cinta anda itu, tidak sama dengan cinta saya. Maaf saya kata, cinta yang saya katakan ini suci, mahal, berharga. Nak dapatkannya, perlukan usaha yang keras. Cinta menembus syurga, mestilah usahanya juga boleh menggegarkan jiwa.

Saya tak suruh break up ya. Kalau yang bercouple sedar benda ni, hentikan couple itu, dan cari makna cinta sejati memperbaharui cinta mereka sebelum ini, perbaiki perjalanan hidup dan serius nak bina kehidupan yang Allah redha, apa salahnya kamu masih bersama. Boleh sambung couple tu lepas kahwin.

Kalau kamu benar-benar ber’cinta’ la kan, takkan la nak teruskan sesuatu yang merosakkan pasangan yang kamu kata kamu ‘cinta’ tu? Ya la, lempar pasangan pada kemurkaan Allah, pada neraka Allah. Kamu kata kamu ‘cinta’? Jadi kalau benar kamu ‘cinta’, takkan la tak boleh stop sekejap couple tu dan bergerak memperbaiki diri, perbetulkan kembali matlamat, fahami kembali cinta, kemudian kahwin, dan sambung cople kamu semula.

Yang bercouple, apakah yang anda fikir? Senangnya, kalau anda baca artikel saya ini, saya nak anda fikir kembali melihat diri anda sendiri. Apa masa hadapan yang anda mahu? Keluarga yang macam mana hendak anda bina? Anak-anak nanti anda hendak didik dengan apa?

Ketahuilah, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan boleh memberikan apa-apa.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

Couple ni, nak pegang-pegang tangan, nak sembang dekat-dekat, nak jiwang lebih-lebih, nak romantik tak boleh blah, lepas kahwin la. Nak bercinta sebelum kahwin(tak ada duit nak kahwin, belajar tak habis, mak ayah tak bagi kahwin lagi), buat la gaya bercinta sebelum kahwin ya. Dah ambil jalan susah, kena guna cara susah juga la. Senang cerita, kalau nak senang, dua sahaja solusinya: Kahwin, tak payah bercinta.

Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

Siapa kata couple=cinta?

Boleh tukar definisi tu.