Saturday, January 16, 2010

Couple = Cinta?

I FOUND THIS GREAT ARTICLE ABOUT LOVE. Everyone should read this, really. Menghayat hati sungguh.

Kredit: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-couplecinta-saya-kata-tidak/

Ada orang tanya saya di dalam shoutbox. Adakah saya pernah bercinta. Saya kata pernah. Kemudian dia tanya, adakah saya pernah bercouple. Saya kata tak pernah. Kemudian dia pelik dan berkata:

“Macam mana tak couple, tapi bercinta?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini. Saya pun dah banyak kali ulang di Langit Ilahi berkenaan perkara ini.

Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.

Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.

Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, ikhtilat itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah… kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Sahabat saya ada menyatakan kepada saya apabila saya berbicara berkenaan cinta sebelum kahwin. Dia kata:

“Ana rasa enta patut jelaskan. Mungkin ada orang yang salah faham”

Jadi biar saya terangkan di sini. Saya tak pernah kata bahawa bercinta sebelum berkahwin itu adalah dibenarkan bercouple, dibenarkan melebih-lebih dalam hubungan lelaki perempuan dan sebagainya. Malah dalam beberapa artikel saya, saya dah nyatakan bahawa saya tidak menghalalkan couple.

Apa bercinta sebelum kahwin?

Mempunyai perasaan cinta, biasanya waktu bila? Mungkin zaman mak ayah kita dahulu, kahwin datuk nenek kita susunkan untuk mereka. Zaman tu mungkin kita boleh kata – cinta selepas kahwin.

Zaman sekarang, paling kurang pasangan kita tu adalah yang belajar sama sekolah, kerja tempat sama, pernah bekerja sama dalam apa-apa program. Apa-apa pun, ada pertembungan sebelum perkahwinan yang menjadi trigger kepada rasa nak kahwin dengan dia.

Rasa nak kahwin dengan dia tu apa? Itulah perasaan suka, nak, yang kemudiannya kita katakan itu adalah ‘cinta’. Jadi, kalau cinta sebelum kahwin ni haram, maka ramailah orang zaman sekarang, asas perkahwinannya haram. Sebab rasa suka tu datang sebelum kahwin. Persoalannya, benda-benda macam ni(jatuh suka, jatuh nak, jatuh cinta ni), boleh atur ke? Macam mana? Sebab itu, saya tidak memilih mengharamkan cinta. Saya memilih untuk menunjukkan cara bercinta.

Bila kamu ada rasa suka pada seseorang, kamu cakap dan luah pada dia bila kamu bersedia. Kalau dia terima, di situ secara tidak langsung sudah ada kontrak antara kamu dan dia. Hubungan kamu pula diketahui oleh ibu bapa.

Maka tidak salah mempunyai perasaan cinta ketika itu. Bercintalah macam orang belum berkahwin sepatutnya bercinta. Janganlah buat gaya macam dah lepas kahwin pula. Sebab itu saya sering kata, kalau ketagih sangat nak berdating, suruh famili anda ajak famili pasangan anda keluar makan. Kalau rindu sangat nak jumpa, ajak keluarga ziarah rumahnya. Senior saya pula(Abang Amir, telah berkahwin) berkata, kalau sms, urusan yang sangat-sangat penting sahaja. Lepas sms tu, delete cepat-cepat yang dia sms tadi. Supaya kita tak baca sms tu banyak kali dan kemudian mengheret kepada zina hati. Pendek kata, hubungan tu masih macam orang belum kahwin ya. Masih banyak kena jaga.

“Susah la macam tu”

Habis, ini sahaja jalan yang ada kalau nak bercinta sebelum berkahwin. Nak lebih senang, kahwin la.

Kenapa saya tidak mengharamkan cinta sebelum kahwin?

Sebab untuk cinta itu boleh muncul bila-bila masa sahaja tanpa kita rancang. Cinta ini bergejolak dan senang memberontak. Kita tidak boleh tundukkannya dengan berkata – itu haram, ini tak boleh – dan sebagainya. Tetapi kita boleh lenturkannya dengan – boleh, tetapi ada syaratnya –

Maka, hendak mencapai boleh itu, ikutlah syarat-syarat yang disediakan.

Tengok diri dahulu

Saya lebih senang kalau dalam bab cinta ni, kita tengok diri kita dulu la. Tengok diri ni, bukan maksud saya duit. Duit tu nombor 100 dalam perkiraan saya. Perkara yang pertama kita kena tengok adalah, apakah kita sudah bersedia dengan tanggungjawab nak bawa anak orang lain masuk syurga?

Itu yang pertama sekali. Yang kedua, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak?

Yang ketiga, apakah telah dipersiapkaan ilmu, emosi, mental dan jiwa untuk berkeluarga, menghadapi cabaran-cabarannya, mendidik orang-orang di dalamnya?

Jangan nampak ending hubungan kita dengan pasangan kita hanya di gerbang perkahwinan.

Ada dunia yang luas, penuh cabaran dan dugaan, menanti anda selepas gerbang perkahwinan itu.

Yang bercouple, apakah anda berfikir?

Jadi bila orang tanya saya, apakah yang beza orang bercinta dengan orang yang bercouple?

Bezanya, satu pihak fikir perkara-perkara yang saya sebut di atas ini, dan berusaha mati-matian menyiapkan dirinya. Satu pihak lagi, fikir nak seronok, nak happy-happy aja, dan tak fikir pun selepas itu apa yang akan mereka hadapi.

“Kami couple sebab cinta la”

Maka saya kata, cinta anda itu, tidak sama dengan cinta saya. Maaf saya kata, cinta yang saya katakan ini suci, mahal, berharga. Nak dapatkannya, perlukan usaha yang keras. Cinta menembus syurga, mestilah usahanya juga boleh menggegarkan jiwa.

Saya tak suruh break up ya. Kalau yang bercouple sedar benda ni, hentikan couple itu, dan cari makna cinta sejati memperbaharui cinta mereka sebelum ini, perbaiki perjalanan hidup dan serius nak bina kehidupan yang Allah redha, apa salahnya kamu masih bersama. Boleh sambung couple tu lepas kahwin.

Kalau kamu benar-benar ber’cinta’ la kan, takkan la nak teruskan sesuatu yang merosakkan pasangan yang kamu kata kamu ‘cinta’ tu? Ya la, lempar pasangan pada kemurkaan Allah, pada neraka Allah. Kamu kata kamu ‘cinta’? Jadi kalau benar kamu ‘cinta’, takkan la tak boleh stop sekejap couple tu dan bergerak memperbaiki diri, perbetulkan kembali matlamat, fahami kembali cinta, kemudian kahwin, dan sambung cople kamu semula.

Yang bercouple, apakah yang anda fikir? Senangnya, kalau anda baca artikel saya ini, saya nak anda fikir kembali melihat diri anda sendiri. Apa masa hadapan yang anda mahu? Keluarga yang macam mana hendak anda bina? Anak-anak nanti anda hendak didik dengan apa?

Ketahuilah, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan boleh memberikan apa-apa.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

Couple ni, nak pegang-pegang tangan, nak sembang dekat-dekat, nak jiwang lebih-lebih, nak romantik tak boleh blah, lepas kahwin la. Nak bercinta sebelum kahwin(tak ada duit nak kahwin, belajar tak habis, mak ayah tak bagi kahwin lagi), buat la gaya bercinta sebelum kahwin ya. Dah ambil jalan susah, kena guna cara susah juga la. Senang cerita, kalau nak senang, dua sahaja solusinya: Kahwin, tak payah bercinta.

Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

Siapa kata couple=cinta?

Boleh tukar definisi tu.

Thursday, January 14, 2010

Terigin

Hari ni, aku tetiba terfikir sesuatu apabila sedang membuat kerja economics ku. Haha..xtau la mana dpt idea tu tp mungkin setelah mendgr nasihat mak aku yg bernas lg berkesan, benda ni buat aku terfikir sejenak dan alangkah bgusnya kalau aku dpt buat benda ni....

Aku teringin untuk mengerjakan UMRAH.

Kalau boleh haji sekali tp nak tunggu cycle next haji lama pulak. Bapak ku skrg kat Kedah, settle hal2 kerja dia. Apa kena mengena dgn keja bpk ku dgn umrah? Kami berdoa agar dia pulang dgn keuntungan besar yg membolehkan kami pergi ke umrah tahun ini. InsyaAllah, jika Tuhan murahkan rezeki kami, dia akan berikan. Kami tidak terlalu mengharap, tetapi aku teringin sangat nak menatap Kaabah tu dpn mata ku, sembahyang di depan kiblat utk seluruh muslim, menghayati segalanya yang ada di sana serta beribadah kepada Nya dan yang pasti berdoa kepada Nya, meminta ampun atas dosa2 besarku yg aku sendiri jijik bila memikirkannya serta meminta keterangan hati dan jiwa dan kesejahteraan dan kesihatan hidup.

Aku pernah dah byk kali gak ar, bila aku sembahyang, aku berdoa mintak ampun dosa2 ku, aku tak xtau kenapa aku menangis terus teresak2...Bila terfikir psl dosa yg aku pernah buat, kat mak bpk, kat kwn2, kt sesape la...Ya Allah...aku sgt sedih. Sampai basah telekung dgn hingus dan air mataku.hahaha..nsb baik hingus bkn najis, klo x lama da terbatal.haha... Dalam dunia ni, cuma 3 things yg boleh buat aku menangis. Satunya adalah Allah. Skrg alhamdulillah aku dah boleh smkin meningkatkan prestasi smbhyang aku, jarang tinggalkan, dpt menhayati dan khusyuk...tp aku still rasa x ckup. Kadang2 timbul perasaan malu dan rendah diri bila 'berhadapan' dgn Tuhan. Sembahyang pun x ckup, rasa malu sgt nk berdoa. Tp doa itu senjata. Aku tak pernah putus asa berdoa. Kdg2 doa ku di makbulkan, kdg2 x, kaku bersabar jela. Allah tahu our past present future. Jadi aku berserah kepadanya.

Speaking of berserah, aku baru belajar satu doa ni yg di ajr mak aku la. Sgt berguna. Ianya petikan dr surah al-Baqarah klau x silap. Baik aku kongsi kt sni..mmg baik sgt klau smua org boleh bljr kan?

Hasbi Allah hula illa ha illa huwa Alaihi tawakal tua hua rabbul arsyil azim.
Maksudnya xbrapa igt spnuhnya tp yg pasti doa ini berkaitan Kita berserah sepenuhnya kpd Allah yg satu. Jika kit adlm kesusahan, sesat, sedih, ataupun takut, bacalah doa ini. Kerana kita berserah kpd Allah yg apa yg terjadi lepas ini adalah ketentuan Allah.

Aku dah amalkan doa ini 7 kali siang, 7 kali mlm. Plg baik skali lps smbhyg Subuh utk merangkumi siang hari kita dan lepas smyg maghrib utk merangkumi malam hari kita. Jadi setiap jam dan setiap hari kita berserah kpd Allah. Setelaj aku amalkan benda ni, aku rasa tenang sgt bila aku rasa ssh hati atau nervous. Bila aku sesat dan xnampak jln, dan bca ayt ni, aku mula nmpk jln, terang benderang. Apa yg kita harus buat adalah make the best out of each day, and at the same time, berserahlah kepada Nya. Jika hari ini xbgus, esok msh ada lg.

InsyaAllah.....jika rezeki ku smpai dan diriku telah bersedia, aku nak pg mengerjakan umrah dulu dan harap2 aku balik dengan hati yg tenang dan bersih.

Sunday, January 3, 2010

New Resolution

Datangnya New Year 2010, aku nak berckp pasal azam baru plak.
I look back and cuba igt apa azam aku yg lama utk 2009....Banyak gak ar, dan cuma stgh je yg dpt di accomplish..hehe
Antaranya ialah menjadi lebh rajin dan belajar bersungguh2... (utk sem 2 jela..msuk sem 3 da kcundang sket..xtau nape.haha)
Well, sbnrnya xbrapa nk igt apa azam ku. Ada satu tu adalah menyimpan duit. Yeah, aku berjaya menyimpan sampai RM150 sampai lah roommate aku yg sorg ni jenis tangan panjang..Di curik nya skit demi sedikit. Smpai tinggal brapa ringgit je...azam nk simpan duit trus xde mood, aku blnja kan duit tu utk makan je. Bengong tol lah time tu...

Ok, ini adalah antara azam terbaruku kerana aku yakin 2010 memberi makna yg mendalam buatku dan everything will be different this time.

1. Cukupkan waktu Sembahyang.
- Walaupun tgh kluar tgk wayang ke ape ke, klau xsmpat pg surau, Qada' kan. Haih, kita kena jaga amalan akhirat kita dulu sblm jaga amalan duniawi. Sbb apa2 hal or mslh dtg, kita menghadap tuhan jgk...xmalu ke klau ade mslh sebuk je nk minx macam2 kt Tuhan tp benda yg Tuhan sruh buat, xnak buat? Uih, lambat doa nak smpai cmtu.huhuhu

2. Simpan Duit
- Seorang kawan telah menyedarkan aku dlm hal pentingnya menyimpan duit. (Terima kasih awak! You know who u are :)) Aku nak cuba lg, kali ni, at the same time cuba jgn membazir. Kluar dgn keta tu, biar la berpada2...jgn asik kuar je..xpun guna keta kawan.hahahha....brg2 pun jgn sesuka hati je beli. Makan jugak kena jaga supaya jgn trlalu membazir ats wang yg besar. Spt: Mkn kt nandos, kenny rogers dn sbgnya...hahahha... Harap2 kali ni xde sape yg menghalang aku nak simpan duit. Da ckup seratus lebih, simpan jela dlm bank..jgn asik simpan dlm loker nnt kena curik! haha...

3. Rahsia
Ini rahsia. Terima kasih...

4. Dapatkan laptop baru
- Padahal dulu mak dah janji nk blikan yg baru...da siap2 pkirkan ape nk bli skali jadual bz sgt..mcm2 jadi..trus xsmpt.haha... mungkin blom smpai rezeki...

5. Menjaga kereta dgn baik
- Kreta Myvi tu aku paham kena jga baik2. Rezki nk dpt keta da smpai jadi aku harus memanfaatkannya. Pasni kena slalu cuci since keta tu putih. Pastu kena bersih dan harap2 xde saman dlm mahupun luar kampus. Dan plg aku berharap adlh xadanya accident. InsyaAllah.

6. Raise up my level of confident
- This will help me in everything..heheh...

7. Belajar lebih rajin, smart and focus, focus, focus!
- Aku confident kali ni dpt DL lg! perkara plg aku suka utk buat ialah membuat parents ku bangga. :)))) I want to focus on studies so that I

Well, I can't think of anymore azam....so this is it la kot....byk lg sbnrnya, kot la...but I cant remember...well, I really hope I can make it this time. And boleh capai klau x smua, at least sedikit drpd azam ku ini..hehe...Selamat berjaya kpd diriku! =)