Thursday, January 14, 2010

Terigin

Hari ni, aku tetiba terfikir sesuatu apabila sedang membuat kerja economics ku. Haha..xtau la mana dpt idea tu tp mungkin setelah mendgr nasihat mak aku yg bernas lg berkesan, benda ni buat aku terfikir sejenak dan alangkah bgusnya kalau aku dpt buat benda ni....

Aku teringin untuk mengerjakan UMRAH.

Kalau boleh haji sekali tp nak tunggu cycle next haji lama pulak. Bapak ku skrg kat Kedah, settle hal2 kerja dia. Apa kena mengena dgn keja bpk ku dgn umrah? Kami berdoa agar dia pulang dgn keuntungan besar yg membolehkan kami pergi ke umrah tahun ini. InsyaAllah, jika Tuhan murahkan rezeki kami, dia akan berikan. Kami tidak terlalu mengharap, tetapi aku teringin sangat nak menatap Kaabah tu dpn mata ku, sembahyang di depan kiblat utk seluruh muslim, menghayati segalanya yang ada di sana serta beribadah kepada Nya dan yang pasti berdoa kepada Nya, meminta ampun atas dosa2 besarku yg aku sendiri jijik bila memikirkannya serta meminta keterangan hati dan jiwa dan kesejahteraan dan kesihatan hidup.

Aku pernah dah byk kali gak ar, bila aku sembahyang, aku berdoa mintak ampun dosa2 ku, aku tak xtau kenapa aku menangis terus teresak2...Bila terfikir psl dosa yg aku pernah buat, kat mak bpk, kat kwn2, kt sesape la...Ya Allah...aku sgt sedih. Sampai basah telekung dgn hingus dan air mataku.hahaha..nsb baik hingus bkn najis, klo x lama da terbatal.haha... Dalam dunia ni, cuma 3 things yg boleh buat aku menangis. Satunya adalah Allah. Skrg alhamdulillah aku dah boleh smkin meningkatkan prestasi smbhyang aku, jarang tinggalkan, dpt menhayati dan khusyuk...tp aku still rasa x ckup. Kadang2 timbul perasaan malu dan rendah diri bila 'berhadapan' dgn Tuhan. Sembahyang pun x ckup, rasa malu sgt nk berdoa. Tp doa itu senjata. Aku tak pernah putus asa berdoa. Kdg2 doa ku di makbulkan, kdg2 x, kaku bersabar jela. Allah tahu our past present future. Jadi aku berserah kepadanya.

Speaking of berserah, aku baru belajar satu doa ni yg di ajr mak aku la. Sgt berguna. Ianya petikan dr surah al-Baqarah klau x silap. Baik aku kongsi kt sni..mmg baik sgt klau smua org boleh bljr kan?

Hasbi Allah hula illa ha illa huwa Alaihi tawakal tua hua rabbul arsyil azim.
Maksudnya xbrapa igt spnuhnya tp yg pasti doa ini berkaitan Kita berserah sepenuhnya kpd Allah yg satu. Jika kit adlm kesusahan, sesat, sedih, ataupun takut, bacalah doa ini. Kerana kita berserah kpd Allah yg apa yg terjadi lepas ini adalah ketentuan Allah.

Aku dah amalkan doa ini 7 kali siang, 7 kali mlm. Plg baik skali lps smbhyg Subuh utk merangkumi siang hari kita dan lepas smyg maghrib utk merangkumi malam hari kita. Jadi setiap jam dan setiap hari kita berserah kpd Allah. Setelaj aku amalkan benda ni, aku rasa tenang sgt bila aku rasa ssh hati atau nervous. Bila aku sesat dan xnampak jln, dan bca ayt ni, aku mula nmpk jln, terang benderang. Apa yg kita harus buat adalah make the best out of each day, and at the same time, berserahlah kepada Nya. Jika hari ini xbgus, esok msh ada lg.

InsyaAllah.....jika rezeki ku smpai dan diriku telah bersedia, aku nak pg mengerjakan umrah dulu dan harap2 aku balik dengan hati yg tenang dan bersih.

No comments:

Post a Comment