Friday, July 29, 2011

Sepadankah Aku Dengan Mu?



Haaa dah enjoy video di atas? Best kan lagu ni? Lagu ni pun ada kena mengena dgn tajuk post kali ni, iaitu ada kena mengena pasal Ramadhan. Lebih kurang 3 hari lagi kita umat Islam akan menunaikan salah satu Rukun Islam, Berpuasa di bulan Ramadhan.

Beberapa hari lepas, aku ada join cermah agama ni kt Kuching. Mula2 malas sangat, biasalah kta remaja benda camni berat bontot nak pegi. Tapi minggu ni serious tak productive gila so aku fikir, why not give it a shot? At first bila dah sampai sana, syaitan bukan main lagi bisik, nak naikkan ego aku taknak dgr, anggap smua ni tak best. Tapi penceramah tu mmg best, aku akui la. Sbb aku pay attention & hmpr buat hati keras cam aku ni berair mata. Nama penceramah ni, Dr. Robiah, nama panjang tak ingat tp dia slalu klua TV.

Pendek cerita aku nak kongsi sikit apa yg aku dpt dr ceramah ni. After all ceramah ni banyak buat aku gelak, dia byk buat lawak, at the same time touched our hearts, sbb tu best. Tajuk ceramah hari tu, "Ramadhan: Sepadankah Aku Dengan Mu?"

People will wonder, what does it mean? Lets go down the road okay. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ketiga, tetapi persoalannya, adakah rukun yang pertama dan kedua telah sempurna kita lakukan? Pertamanya Mengucap Khalimah syahadah dan keduanya Sembahyang Lima Waktu. Zaman nabi dulu, sahabat2 nabi semua rindu akan bulan ini, berdoa kepada Allah SWT agar percepatkan Ramadhan utk menghampiri, dan kalau boleh nak setahun2 itu adalah Ramadhan. Betapa besarnya Ramadhan bagi mereka. Bulan ini terlalu suci, sehingga kita diwajibkan untuk berpuasa. Jadi untuk melaksanakan rukun yg ketiga dgn sempurna, adakah sempurna rukun yg pertama & kedua kta? Telah kita selami maksud khalimah syahadah itu dan telah kita lakukan sembahyang lima waktu dengan sempurna?

Semua orang tahu kita wajib berpuasa. Anak2 kecik pun dah dididik dr kecik utk berpuasa. Penceramah ada bercerita banyak pasal ni, iaitu mendidik ank2 cara yg betul. Dorongan dengan memberi duit, memberi hadiah & lain2 kalau dpt puasa adlh dorongan yg bagus tp hati2 atas galakan yg diberikan. Pastikan mereka tahu mereka buat semua ini atas nama Allah SWT, dan bukan kerana nak kumpul duit dan sbgainya. After all, semua yang kita lakukan, lakukanlah dengan niat untuk Allah SWT. I wont further much abt this didikan yg dia ajar cuz banyak sgt & I cant remember it. But that exactly is her point.

Bulan Ramadhan as we all know, kita bukan je puasa perut tp puasa mata, telinga, hidung, mulut dan segala deria lah. Bukan maksudnya tak boleh langsung, tapi menjaganya dari benda yg tak berfaedah/tak baik. Ramai nanti kita tgk yg akn mula bertudung, a good dorongan utk menjaga permakanan, berhenti merokok, tak mengumpat & sbgainya. Siapa yang jaga semua ni, good job! Tp malangnya ada jugak yg akn mengkritik org lain, contohnya kepada yg acah2 bertudung di bulan Ramadhan je, tp lps tu hilang tudung. Bagi mereka yg akn mendengar cemuhan ni, biarkan jelah. I'd say, good job too for those yg menjaga aurat mereka, tak kisahlah berapa lama mereka nak pakai. Atleast, diorang try, right? Atleast diorg menghormati bulan ini. Dr. juga menegur prkara ni. Jgn jadikan bln puasa satu persinggahan sementara. Jgn jdkan berpuasa sebab utk berhenti rokok. Jgn jdikan puasa sebab utk berdiet. Jgn time puasa bersedekah macam hujan, tapi lepas Ramadhan terus kemarau (this is her exact word, and people laughed so hard ;). Tapi sebetulnya, jadikan semua yg aku sebut tadi sebagai dorongan shja, sbgai semangat, dan yg lainnya semua kerana Allah SWT.

Aku ni manusia biasa, hidup penuh dengan dosa. Jadi harapan aku Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik, yang dapat memberi aku manfaat dalam hidup. Aku cuba untuk kurangkan rasa marah, emosi dan lain2 yang tak bagus dan cuba kawalkan. Aku akan cuba untuk buat amalan yang bagus bulan depan nnt, daripada duduk kt rumah menghadap laptop tgk movie. Aku akan cuba untuk tingkatkan amalan aku dengan Allah dan semoga Dia terima amalan aku, insyaAllah. Dan semua ini peringatan untuk diri sendiri jugak. Apa yang aku bgtau kt atas tak semua yang Dr. Robiah tu cakap, dia pun cakap 2 jam, kat sini xsmpai stgh jam aku karang. So, apa yang kurang semuanya kat umat Dia ni, dan semua yang baik datangnya dr Allah SWT.

=)

P/S: Dr. pesan bagi yg liat nak bersahur...sahur adalah sunah Rasulullah, begitu juga makan kurma dan minum susu. Maka makanlah kamu kurma, minumlah susu, dan bersahurlah kamu tanda kamu mencintai Rasulullah SAW. =)

No comments:

Post a Comment