Friday, December 31, 2010
2010 Rolling Over
Friday, December 24, 2010
Banyak Idea tapi Kurang diluahkan
Thursday, December 9, 2010
Azam 2010
Saturday, November 20, 2010
Coincidence?
We’d be standing one by one
With our future in our hands
So many dreams so many plans
Always knew after all these years
There’d be laughter there’d be tears
But never thought that I’d walk away
with so much join but so much pain
And it’s so hard to say goodbye
But yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know ya
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you
Nanananana
Another chapter in the book cant go back but you can look
And there we are on every page
Memories I’ll always save
Up ahead on the open doors
Who knows what were heading towards?
I wish you love I wish you luck
For you the world just opens up
But it’s so hard to say goodbye
Yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know ya
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you
Everyday that we had all the good all the bad
I’ll keep them here inside
All the times we shared every place everywhere
You touched my life
Yeah one day we’ll look back we’ll smile and we’ll laughl
But right now we just cry
Cause it’s so hard to say goodbye
Yesterdays gone we gotta keep moving on
I’m so thankful for the moments so glad I got to know ya
The times that we had I’ll keep like a photograph
And hold you in my heart forever
I’ll always remember you
Nanananana
I’ll always remember you
I’ll always remember you
Sunday, November 14, 2010
I had to do it
Saturday, November 6, 2010
The things that makes me happy
Saturday, October 30, 2010
Ngereco Lok
Saturday, October 23, 2010
Apa kata kamek?
Saturday, October 2, 2010
Rasa Kehilangan
Wednesday, September 8, 2010
Hari ni aku rasa...
Tuesday, September 7, 2010
Camat Ghaye!
Sempena nak raya ni, saja nak ucap selamat hari raya. Saya nak mintak maap kepada sesiapa yg mengenali saya.
Mula2 saya nak mintak maap kt mak bpk sbb dgn dorg la sy paling banyak buat salah. Tak kire la salah besar ke salah kecik ke. Harap mereka ampunkan dan salah2 yg diorg taktau plak? Aku mintak ampun kpd Tuhan. Yelah, kadang2 ni kite tak sengaje bila mak suruh buat itu buat ini, kita berleter sorang diri ckp letih la pe la. Ha...tau itu dosa. Tapi...tu lah...dah terbiasa rebel-rebel kt mak bpk ni. huhu... Baru ptg td sopping ngn mak and adik2. Mak belikan flat shoes carlo rino dekat nak RM90. Mak korg ada murah ati camtu tak? ado? mesti lah ada kan? haha... Tapi bila malam arinya mak suruh sidai kain, hati leluh mengeluh....tapi sy buat jugak ok! hahah...sorry mak sbb buat cmtu, walaupun mak taktaupun. Biasa la kita anak2 ni. hehehhe...
Kemudiannya nak say sorry kepada kawan-kawan seperjuangan, member-member in crime, dan sebagainya. Tak kire la rapat smpai bole peluk2, atau yang tak brapa nak kenal sgt mcm baru nak kenal dlm fesbuk ke, yang tegur2 camtu je ke kat kampus. Nak mintak maaf la kpd yang rapat ni sbb kadang-kadang saya ni malas nk balas mesej korg ke. Kadang2 ayat yang kluor dr mulut ni buat terasa ati ke. Kekadang tu guna barang korg sesuka ati ke. Tak jaga barang korg ke. Menyakat korg smpai tahap air mata ke. hik =) Korg sabar lah ye dpt kawan mcm saye ni, sbb tu nak mintak maaf.lps raya buat lg ok? haha!
Ketiga, saya nak mintak maaf kepada yang adik beradik. HAH! ini paling byk gadoh kot. Sorry sebab bertumbuk. Sorry sebab bertekak. Sorry sebab menyalahkan kau atas sbb yg tak munasabah. Sorry sebab tak mau / malas ambik kat kampus. hahaha... xpe, dgn korg la paling sronok gadoh. ngehehe
Lagi...nak mintak maaf kepada yang special ni. Dia antara org yg paling saya sayang tp banyak salah saya dah buat kt dia. Mintak maaf ye sebab ego saya ni tinggi, saya degil dan saya complicated. Ye, saya sgt complicated, smpai awk pun malas nak layan kan kan kan? hahaha...Saya jugak paling susah nak buat decision. Saya cepat melenting. Mintak maap smpai ke hujung jari kaki besau sy ni sbb saya kadang2 tinggi suara kt awak, biarkan awak tanpa berita, x jawab phone sehari2, malas nak layan perangai awk, asyik nak menang je dan sbgainya...Tapi bak kata awk tanpa smua ni our relationship tak kalerful kan? hik...
Dan terakhir skali nak mintak maaf kpd sesiapa jelah. Yang paling rapat,yang tak kenal, yang dah lama kenal, yang baru kenal, yang dah setengah2 kenal, yang dah lama kenal tapi xde pape dah skrg...eh byk plak. haha... Mintak maaf sbb suka kepo ke, suka perli ke, suka bertanya benda pelik2 ke..hehe... suke marah marah ke...kan? haaa..so mintak maaf lah ye. takyah ade simpan dalam ati ye. Tak baik. hehe
Ok, akhir kata... Selamat Ari Ghaye Aidilfitri! Smoge kite beraye ni xde hatred in our hearts, x gadoh2, okeng? hik... Jgn lupe singgah rumah kluarga yg dekat dan jaoh. Jiran tetangga dan kawan2 jugak skali. Klo boleh paw duit ghaye skali ye. hehe.. Bye!
Tuesday, August 10, 2010
I'm Sorry
I'm sorry.
Thursday, July 15, 2010
Macam - macam ragam
Apa kita nk buat klau kita berhadapan dgn orang2 cmni? Klau yg menggelikan hati dan menyenangkan hidup, xpe la gak. Tp cmne nak deal dgn yang xbrapa indah dipandang mata atau diterima hati ni?
Setiap orang akan menerima nasib yg sama (kot la) dan ada saje bnda kawan2 or org lain buat kte xtahan. Tiap2 hari kena bahan ke. Ataupun tiap2 hari kena sebut pasal duit, suruh bayar hutang itu, hutang ini. Atau yg kuat membebel, benda simple2 yg kita biasa buat kt rumah pun dah jd salah, mcm dia je yg betol. Eh, aku plak dah membebel ni. So, cmne ek?
Mungkin kta perlu berterus terang dgn orang2 spt ini. Selepas meluahkan perasaan, jgn kita pikir kta akn selalu menang atau dpt sruh org ni paham tau. Kdg2 ada yg bertindak negative jgk. Die dgr luahan kte, kte xsuke die buat cmni kt kte n bla3...pastu nmpk cam die terime, die mintak maaf pastu peluk2 ke. Hari berikutnya, dia simpan dendam. Ha, ini bahaya kan? Ada plak yg sentap berhari2 sbb die anggap kawan2 x suke die dah. (penah jd msa skolah rendah dlu...punya la susah nk pujuk balik. bila dah pujuk tu buat balik bnda yg kta dh tegur. Baik xyah pjuk, kan senang die diam je. hahaha) Tp ada yg ambil scra positive (Alhamdulillah, anda mendpt kawan yg bgus utk diri anda). Dia dgr, die paham, dia nangis skit2 ke pastu mintak maaf. Hari berikutnya dia da xbuat lagi, wlaupun semalaman terperap kat bilik memikirkan ttg atitude die kena tuka. So lps tu xde lg dh die buat benda yg menjengkelkan tu. Ini bgusla, xpayah kte pkir byk2 lg, senang dpt kawan cmni. Tp jgn plak kte pijak kpla dorg balik ye?
Tapi kebanyakan kes2 spt ini, bila kita cuba nk luahkan prsaan kita, jadi lain plak. Cmne saya tau? Sbb sendiri penah experience dan byk kali gk dgr org lain ckp bnda2 cmni. Apa yg terjadi lps luahkan prsaan tu? Ada kemungkinan friendship korg x sehebat dahulu. Korg da x serapat dlu, x kongsi mkn sma2, x gosip sma2 (klau gosip pun tgl yg kering2, yg bosan je), dan tidak keluar lepak same2. Tapi bila jumpa tegur mmg tegur ar. Tp apa jd dgn frenship tu? Sy pun xtau nk jwb apa. Sbb terpulang kpd org tu nk terima dgn baik ke x, kta cuma ckp utk kebaikan die jgk, sbb org lain pun dh naik darah gk dgn die.Jd sbgai kwn yg baik sy tegur la, tp die sentap kot. dah la, lantak la. Dah berkurun da cite ni.
Ok, selain luah perasaan, kta juga boleh perli die. Perli smbil gosok2 kan perlian kte tu kt muke die. haha. Contohnya carik kslhn die yg hmpr sama dgn kslhn kte tu (klau ada yg sma, lg bgus) pastu bile die da mula membebel kt kte psl kslhn kte tu (which is not a fault at all, cume die je yg jnis annoying), kte perli la die balik dgn ksalahan die tu. Gerenti die terdiam! hahaha.Bile da terdiam tu pndai2 la die pikir. Tp jgn la perli smpai bole bwk gaduh. Hanjing skit2 je, mcm org cubit je. haha.. Klau kte xdpt crk kesalahan die, perli la kt die ckp, "Mak aku lg x kuat bebel mcm kau." Pastu smbung la dgn ayat2 yg berkenaan yg x menyakitkan hati die. Ayat2 itu haruslah berunsurkan seperti ANDA yg menjadi MANGSA. Kesiankan dir ANDA. hahaha.. ok, sbnrnya perlian ni panas skit so tdk digalakkan la utk buat ye kgkawan.
Besikeli, anda kena lihat perwatakan kawan anda tu utk mengorak langkah sterusnya. Jika dia jenis yg kebudak-budakkan, anggap kta sdg deal with bdk kcik minx gula2. Then kta gitau die ape yg kte x suke or rsa hati kte, mcm dgn bdk2...buat jokes ke ape ke..klo boleh disertakan dgn lollipop skali.hahah..klau yg akal matured tu, deal la spt anda brckp dgn org tua anda. mesti berjaya! haha..sdkit sbyk buat, slowly, so that you can see the progress and go on with it without hurting anybody.
tenqiu.
Wednesday, June 9, 2010
10 Tanda Pasangan Ada Jodoh
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sunday, May 23, 2010
Nak bersembang
Hmm...update utk cuti ni, agak beraktiviti jgk la drpd duduk rumah je, mengkrem kan bontot jek. Since aku mula dpt sakit blkg sejak 2 - 3 minggu sblum cuti sem, aku dh jumpa doctor & he gave me ubat urat sbb mmg urat bersimpul ke ape, something like that la. Tp bila balik ni, ubat dh abis & sakit dtg balik smpai effect kaki kiri. Sakit die masyaAllah berdenyut2. Bila org tnya cmne sakit tu, or bila kawan aku tnya sakit apa, aku explain, xde sape paham or tau yg sakit ni masuk akal x. Kawan2 aku la buat mcm sakit ni nothing je. Pdhl it effects my daily life. Susah nk buat keje berat, membongkok dan nk relax pun susah, sakit blkg. So I don't really mind, asal sakit ni hilang suda. Smpai satu hari tu mak aku bwk pg doktor skali lg. Doktor juz bg nasihat, vitamin & ubat sapu. hehe..nasihat die tu buat aku sedar sbb die ckp suruh amalkan cara hidup yg sihat spt slalu exercise. Aku jarang sangat2 exercise sbb mungkin aku rsa xperlu and malas. Tp bila aku pikir balik, bila aku start aktif, sakit blkg aku berkurangan. So aku pon cube la 2 3 ari ni aktif. Try utk tidak duduk sentiasa. Bila aku rasa sakit je kt blkg pas duduk lama2, aku trus klua rumah, main ngn adik aku kt luar or pinjam beskal die kayuh2 around tmn, wlaupun beskal die kecik skit.hahahha...Tp skrg dah mkin ok. Aku pun asyik klua je, so sentiasa aktif la. hehe
Satu lg, adik aku aritu mintak tlong aku buatkan outdoor photoshoot utk kwn2 die dlm 15 org smua. awal pagi plak tu kat ampitheatre. So aku pun cuba la. Smua berpuas ati tgk gmbr2 tu & aku even edit2 gmbr tu and printkan. Lenkali klo ada org mintak aku charge la. hahaa..xdenye service cmni nk buat free2 ok? haha...
So...em, ape lg ek? Ha! misi cuti kali ni:
1. Tgk wayang cerita2 yg best2..haha (ni kira mission ke? hahhaa)
2. Dapatkan laptop baru! hihihi
3. Bersenam selalu
4. Nak belajar memasak
5. Nak keje
6. Emmm...tu je kot. hahaha
well, entry ni sja je nk buat blog xberhabuk. mana la tau ada tikus mati ke ape ke kt sini sbb lame sgt x bukak. :p
2.
Friday, April 16, 2010
Bla bla bla
Bila kita rasa rendah diri dlu, kawan ku penah bg nasihat, "Awak jgn mcm ni. Byk lg org lain yg ada kelemahan msg2. Xde sape yg perfect. Cthnya saye ada mslh......" Dan benda yg die ckp tu buat aku senang hati.
Bila aku rasa marah kt family, Kawan aku jgk yg ckp "Biasalah perangai kluarga kta pelbagai. Terimalah keunikan mereka..." hahaha...
Dan bila kita 'break' dgn boyfren kita (haha!), it seems the end of the world smpai kawan2 rapat aku smua menyokong dan menangkat balik smgt aku. Apa yg aku xbleh lupakan antara yg the most classic and yg plg berkesan adlh nasihat ini: Don't worry, you will find someone better. Classic gler kan? Sumtimes bler dgr org ckp ni, kte rsa nk buat muka n ckp pppfffttt... Mcm la btol2 akn jadi. Aku dulu pun cmtu gak. Agak x percaya sgt la. Pastu nk dijadikan cerita, seminggu lepas aku merasa sedih tu, tetiba dtg sorg mamat ni yg supposed to fill the hole in my heart, konon la perumpamaannya.
And it really happen! I thought it was just....some usual thing happening, I just didn't see it happen. Ktorg jumpa pada tarikh yg sgt sesuai plak. Hahah... Kan kan sayang? hehe...Pastu genap 2 bulan ktorg jumpa tu..........heheh..:)))) Pandai2 la pkir sendiri. He is an upgrade of version 1.0 to 2.0. Hahahaha..And Malin now?? A new girl with new passion, new chapter in life and also a more relaxed, couldn't-care-less of the world, of version 2.0. Hahahah..
Wednesday, April 7, 2010
Bbq level yg agak 'sedih'
So I called pa'an. <3 Suruh die dtg. Igt nk lepak2 gitu je smbil tlong2 bbq kan, skali mmg da havoc gler ktorg, aku minx tlong die jela. Die pun da expert benda2 gini, salu buat ktkan. haha... So die handle smu api tu. Mula2 mcm segan je ngn bdk2 ppuan bdk lvel aku. Hahak! Tp die yg gtau ape nk buat. Die suh alihkan tpt bbq tu kt tepi tasik je, n die jgk yg angkatkan bnda panas tu ke tepi tasik. Sian die...tp suke plak tgk laki buat keje. hehehehe...gatal. haha. Pastu die plak yg take over smua ni, aku plak segan. haha.. die yg tlong kcikkan api, letak arang balik, handle api n bara, letak ayam....sape punya dinner level sbnrnya ni? hahha...
Lepas tu da smua under control ktorg mula la membakar dgn amannya tepi tasik tu. We also find out senior aku kenal plak ngn paan. Adoi, such a small world la. kwn berkait2 je. haha.. So smbil memasak tu sembang2, gelak2, berpeluh2, golek2 ayam, kipas2, dan sediiihh je. hahahha! Tema ayat arini sediiihh je. Sebab golek ayam skit, ckp sedih, ada aym terjatuh, sedih lg. Burger x msk pun lg sdeh. hahaha... tp xpe. smua hepi. Paan pun dpt mkn skit. Tp aku rsa xckup mknn tu utk bls budi die...sbb tu junior aku pun ckp, ha, kak malin da kena blnja abg paan da ni. hahahaha... Comel je kak malin n abg paan. hahaha!
Da siap smua di masak, habis la 'event' yg sedih ktorg buat ni. haha... Walau ape pun, satu level ktorg berterima kasih byk2 kt Muhammad Farhan Bin Che Hassan! *ramai2 jerit, thank you!!* hahah...Aku pun xtau cne nk bls budi die, hahak...appreciate sgt ape yg die buat, pdhl mule2 plan asl nk lepak gitu je. Ni yg buat rsa makin sayang ni...hihihi... <3
Ni ada la skit gmbr td:
Saturday, March 20, 2010
Random tgh malam
1.You
2.Dealova - lagu you nyanyi utk i. Trus dpt lena...hehehe.. <3
3.Tako Tao
4.Layu - Malique (patriotik mlm2)
5.Hati mau tapi takut.
6.Duit makin sikit dan sikit dan sikit dan sikit dan sikit
7.Makin malu nk mintak duit. Adoi.....nape la jd cmni...
8.Never Say Never
9.Dia ada ciri2 idaman <3
10.Xsangka 0.0
11.I know u still can't get enough of me. hahhaha
12.You become my entertainment now. For my late-nite laugh
13.Ckp psl org itu ini tp xsedar diri buat jugak sbnrnya. cuba pndg diri dlu..terima kasih.
14.Ngantok
15.Baby we both shared a secret wish
16.The closest with me knows me well. They know Im not ready.
17.Thanks for filling up the empty hole.
18.Nak balik kuching
19.Eh Ya Allah lupa nk smyg!
20.Publish post -> Offline -> sembahyang -> Tidur....zzzzzz
Friday, March 5, 2010
Tak Sehat
Sekarang, situation dan position aku skrg ni mcm org yg pantang, or bak kta org srwk: Org tahamben. Hahahaha! Why? Skrg ni, kedua2 tapak kakiku disapu dgn minyak angin, dan disarungkan stoking, kt kepala bersapu minyak kapak, perut bersapu minyak angin, ubat dan pill smua bertenggek ditepi katil. Smua ni sebab aku mengalami Gastric pain. Segala minyak angin dan stoking tu smua utk prevent angin masuk. Kaki aku td dah rasa sejuk2 dan perut aku xsedap. Aku terus mkn ubat, sapu smua minyak yg ada dan bairng smbil dgr lagu. Baru sedap dan selesa skit rsa.
Gastric ni agak teruk la. Dr hari selasa start cmni, mungkin sebab2 tertentu. Satu): Terlambat makan. Yg ni kurang paham la sbb aku lambat mkn skejaaapp je. Tu pun sbb nk siapkan assignment. Sensitip btol la haih. Dua): Stress. Minggu ini sgt stress. so much to do with so little time. Plus aku kena saman and dat really let me down. Tiga): Aku makan dan minum terlalu byk brg acidic. Air gas, air teh dan sbgainya.
Bila time sakit2 ni kan, byk benda aku belajar. Mungkin ada hikmahnya? Mari pikir sama2. Mula2 time sakit ni, aku terpikir pasal ujian Allah kpd kita. Kpd aku. Aku da byk kali gak kena sakit2 yg lbeh teruk dr ni, smpai msuk hospital. Kdg2 terpkir gk la, apa dosaku ni? Tp at the same time, bila pkir cmtu, kta jd rendah diri, sbb kta tau kita da byk buat dosa. And Allah cuma nak uji kita dr segi kesihatan. Jika kta dpt lalui ni dgn baik, kita mmg hebat! cewah. haha... Satu lg benda yg aku belajar is we get to know who really care about us. Wlaupun org itu x show sgt caring die tu, tp nasihat dan cara dia aku da bleh dpt tau dia amik berat psl aku. Ada plak yg benar2 tolong aku, sentiasa nasihat, paksa aku gi klinik pun ada...hahha...By this I get to know who my real frens are. Thank you all. :)
Sunday, February 28, 2010
Mak! Nak duit!
Baru smlm aku kluar beli brg keperluan, so cucuk ar duit kt atm. Aku cucuk kt bank Islam, tp xnak tgk balance sbb aku tau the last time Aku check tinggal rm50 kot. Skrg aku kluarkan 50 so jdnya Kosong la akaun dr PTPTN aku ni. Adoiyai. Nak beli brg keperluan spt air, pencuci baju dan ubat gigi pun xbleh byk2. Sbb pkir nnt nk byr duit minyak lg. Minyak kreta da la tinggal 2 bar lagi. Aku ni jenis yg xbleh duduk diam klo tgk tangki minyak kosong. Rasa nk isi je. Haha..pastu duit topup plak. Minggu ni da la minggu busy, byk org nk kena call, nk kna confirm sana sini. Kredit pun tinggal brapa ringgit lg.
Tadi baru call mak, sembang2 la skejap. Mak aku boleh plak pg menjeleskan aku bila dia ckp dia beli laptop baru kt adik aku. Dell Inspirion yg baru tu, kaler merah plak tu. Adddduuuiiiissshh…. Da la aku terigin sgt nk beli laptop baru. Gantikan laptop aku yg usang nih. Mak aku ckp, “Belajar la rajin2 dulu, bila nk msuk degree nnt mak belikan yg baru.” APA NI MAK??!!! Gler lama nk mnunggu! Hahaha… Ada setahun stgh lg ni. Xpe la, atleast aku dpt kreta, adik aku dpt laptop je. Ape ada hal?? Ngahhaa..But still, aku da berangan mcm2 da nk letak software ape dlm laptop baru klo dpt la kan. Tp mcm xjadik je fantasy aku ni. Haha…
Hummm..penah gk terpikir nk carik duit sendiri. Tp cmne? Ape talent yg aku ade utk jual brg ni? Hahah…penah terpikir nak jual kuih. HAHA! Tp sebarang kuih tau. Kuih yg asalnya dr France klo x silap, nama dia Quiche (di pronounce Kish…nak kissshhh! Hahak!). Sedap die Omaigod….mesti nak dan nak lagi. Tp mslhnya kt mane nk buat? Rumah bknnya dekat. Dapur kt kampus ni bknnya ada pon. Huh…. Penah jgk nk buat sewa broadband tp skrg masing2 dah ada broadband, and kelembapan broadband itu sama seperti xde internet langsung – jadi hangat2 taik ayam la impian ku tu.
So Nampak seperti xde la nk carik duit sambilan kt sni kan. Tambahan lg dgn idup busy kt kampus. So apa yg aku boleh harap skrg adalah untuk naikkan lagi pointer aku sampai 3.8 or 3.85 pun boleh la sbb klo aku dpt smpai ke 3.75, xkan xdapat 3.8 kan? Dan dgn pointer sebegitu tinggi (cewah) bole buat mak aku bangga giler and bila aku nak laptop die bagi je. Ngahaha! Macam tu la aku mintak kt mak aku sebijik kreta myvi. Klo kreta boleh dapat dgn pointer 3.75, amacam 3.8 dgn laptop? Haaaa…pkir la sendri. Hahaha..
Ha, sambung balik kpd conversation ngn mak aku td. Last2 tu da nk letak, aku mintak la dia msukkan duit skit kt akaun bank aku. Satu ni aku saying kt mak aku. Asal aku mintak je duit, die msukkan. Cuma satu je, aku teramat amat amat lah segan nak mintak duit kt mak bpk aku ni. Seriously, mmg dr zaman kcik2 skolah rendah dlu, segan nk mintak duit tu mcm nak mintak permission boleh x nak kahwin. Ngahahah… Aku terigat zaman skolah rendah dlu, sbbkan aku xnak susahkan bpk aku kluarkan duit, Aku sanggup kais skit duit tabung aku and mintak selebihnya dr bapak so dia xperlu bg aku duit byk2. Misalnya klau cikgu sruh byr yuran itu ini, total RM20, aku amik duit aku RM10, aku mintak lg 10 dr bpk la. Aku teruskan kerja ni smpi ke skolah mnengah. Aku xtau knapa aku segan sgt nk mintak duit. Mungkin aku rasa aku xdpt berikan apa2 utk dorang balik. Setiap kali tangan aku ni capai duit kt tangan parents aku, apa yg terlintas kt kpla aku ni adlah, “Adakah kau pernah balas jasa diorg?” Skrg ni yg aku mampu adalah utk tidak menghampakan dan hanya membanggakan mereka. Sbb tu bila aku banggakan diorg dimata family, Yarabi bahagia dalam hati Tuhan saja yg tau. Bila aku disappoint dorg plak, aku rsa nk nangis dan xbleh duduk diam.
Tp xpe lah. Skrg ni keadaan terpaksa utk mintak duit. Baru nk msuk bulan ke 3, aku dah belanja dekat nak RM5000. Percaya x? Percaya lah. I keep track on these things tau! Tp bukannya nk berjimat. Hahak! K la…harap2 kali ni aku kurangkan perbelanjaan aku, ksian mak. Hehe…
Thursday, February 18, 2010
Coretan yg agak menyampahkan
Ok, pastu ktorg pg la time square. Ktorg igt nk buat fish spa, benda yg sruh kaki kita 'dimakan' oleh ikan2 kecil tu...haha... Tp ktorg pun nk tgk wyg skali. Tgk queue kat gsc TS punyalah panjangnya nauzubillah.....try la booking guna phone plak an, taktik yg lama da aku guna if line pnjg, aku book n trus dpt pg ke retrieval tiket booth dgn cpt.haha...Tp kali ni line bz nak mampus plak. adoi...so we just jalan2 aorund ts, and aku beli la satu cardigen ni rm15 satu...
Then we decided to watch movie kat pavillion je. Igtkan skit org, rupanya byk orgnya mcm ada buat concert kt citu...pdhl xde pape..haha...apa bleh buat an, kna la beratur kt gsc tu...line die pnjg smpai terkeluar dr pintu gerbang gsc.haha! Dlm ktorg menunggu tu, perut masing2 da berkeroncong. Perut aku plak menyanyikan lagu tradisional gendang srwk, mkin pnin kpla aku. da la pagi td pas breakfast ngn en.nizam aku trus high sbb angin msuk kot. Penin kpla aku msa tu rsa nk tdo je n i wish sumone bleh urutkan kplaku msa tu..huhuhu
Tp wlaupun kpla pnin n perut lapar, aku ada entertainment lain iaitu melihat gelagat budak skolah yg couple2 dpn ktorg ni....adoiadoi lawak. Both are good looking la...but both cannot keep their hands off each other. I didnt envy them because looking at them reminds me of how stupid we are when we are still naive. Dah, xmau ngumpat2 psl dorg...da la bf ppuan tu asyik tgk2 aku, dh sah sgt gatal. hahha. xsedar diri msh skola..ahha
Ok then dh dpt beli tiket wyg pkul 6.45pm, The Wolfman. Ktorg pg la makan dlu kt kfc n there are so many teenagers between 13 - 21 are there. I was trying to figure out their age, sbb xde keja. Tp kpla smkin pnin tgk rmai sgt manusia. Tp yg kami bincangkan msa tu adlh, hampir setiap table, ada camera DSLR. Skrg mmg da jd trend ek bwk camera dslr ni...kira cam cooler la dr digital punya. Xkira la org tu pndai ke x sbnrnya guna camera tu, asal dpt yg bsr2 punya, berat2 punya, jadikla...haha
Nk pendekkan cerita, ktorg tgk la movie tu. Bolehla jln crita tu..predictable but suspen dia agk bodo2 wlaupun aku sendri terkejut bbrapa kali. Dlm wayang tu tetiba rasa rindu kt seseorg. aku terfikir la, cmne klo tgk wyg ngn dia n dia tgk aku cmni? hahahha...and after aku terigt kt org tu, aku realized again one thing. That realization makes me happy. Because Im not thinking of the one yg slalu aku fikirkan asal msuk wyg, tp kali ni org lain plak...hahahhaha..lawak pun ada gak..ahha
Ok, part lepas tgk wayang ni part best skali. Ktorg stop by kt tnds n by the time aku klua, aku usha la sorg mamat ni. Hensem la gak, but that's not the point. Dia tgh khusyuk sms ngn org. Dlm hati aku: "Mesti sms awek." Pastu tetiba this one girl muncul dpn die n laki tu terkejut gila and hide phone die kt blkg n buat muke x bersalah. Awek die tnya la pehal. Die jwb, eh, xde ape2..pdhl tgn rapat dah kt bontot tu...haha...Aku xleh tahan, aku tergelak. Tergelak sbb apa? Sebab gelagat lelaki zaman skrg ni. Wahwahwah...ada awek, pstu sms ngn ppuan lain dia guilty plak kan? Aku ada byk benda nk ckp psl ni sbnrnya...laki ni, dh ada dpn mata tu amik jela. Dh bosan? common la...itu alasan yg xbleh di amik pkai la. Ok, fine la kan kta msh muda bole crk rmai lg pilihan. But must it involve breaking someone's heart?
Ok, aku bunyi emo plak mlm ni..dah la...pening ar...xmau ckp ag psl ni....nk pkir psl ni n nk ckp psl ni mmg akn jd pnjg so....wasalam jela...
Saturday, January 16, 2010
Couple = Cinta?
I FOUND THIS GREAT ARTICLE ABOUT LOVE. Everyone should read this, really. Menghayat hati sungguh.
Kredit: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-couplecinta-saya-kata-tidak/
Ada orang tanya saya di dalam shoutbox. Adakah saya pernah bercinta. Saya kata pernah. Kemudian dia tanya, adakah saya pernah bercouple. Saya kata tak pernah. Kemudian dia pelik dan berkata:
“Macam mana tak couple, tapi bercinta?”
Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?
Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.
Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.
Apa itu cinta
Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini. Saya pun dah banyak kali ulang di Langit Ilahi berkenaan perkara ini.
Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.
Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.
Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.
Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, ikhtilat itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?
Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah… kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
Sahabat saya ada menyatakan kepada saya apabila saya berbicara berkenaan cinta sebelum kahwin. Dia kata:
“Ana rasa enta patut jelaskan. Mungkin ada orang yang salah faham”
Jadi biar saya terangkan di sini. Saya tak pernah kata bahawa bercinta sebelum berkahwin itu adalah dibenarkan bercouple, dibenarkan melebih-lebih dalam hubungan lelaki perempuan dan sebagainya. Malah dalam beberapa artikel saya, saya dah nyatakan bahawa saya tidak menghalalkan couple.
Apa bercinta sebelum kahwin?
Mempunyai perasaan cinta, biasanya waktu bila? Mungkin zaman mak ayah kita dahulu, kahwin datuk nenek kita susunkan untuk mereka. Zaman tu mungkin kita boleh kata – cinta selepas kahwin.
Zaman sekarang, paling kurang pasangan kita tu adalah yang belajar sama sekolah, kerja tempat sama, pernah bekerja sama dalam apa-apa program. Apa-apa pun, ada pertembungan sebelum perkahwinan yang menjadi trigger kepada rasa nak kahwin dengan dia.
Rasa nak kahwin dengan dia tu apa? Itulah perasaan suka, nak, yang kemudiannya kita katakan itu adalah ‘cinta’. Jadi, kalau cinta sebelum kahwin ni haram, maka ramailah orang zaman sekarang, asas perkahwinannya haram. Sebab rasa suka tu datang sebelum kahwin. Persoalannya, benda-benda macam ni(jatuh suka, jatuh nak, jatuh cinta ni), boleh atur ke? Macam mana? Sebab itu, saya tidak memilih mengharamkan cinta. Saya memilih untuk menunjukkan cara bercinta.
Bila kamu ada rasa suka pada seseorang, kamu cakap dan luah pada dia bila kamu bersedia. Kalau dia terima, di situ secara tidak langsung sudah ada kontrak antara kamu dan dia. Hubungan kamu pula diketahui oleh ibu bapa.
Maka tidak salah mempunyai perasaan cinta ketika itu. Bercintalah macam orang belum berkahwin sepatutnya bercinta. Janganlah buat gaya macam dah lepas kahwin pula. Sebab itu saya sering kata, kalau ketagih sangat nak berdating, suruh famili anda ajak famili pasangan anda keluar makan. Kalau rindu sangat nak jumpa, ajak keluarga ziarah rumahnya. Senior saya pula(Abang Amir, telah berkahwin) berkata, kalau sms, urusan yang sangat-sangat penting sahaja. Lepas sms tu, delete cepat-cepat yang dia sms tadi. Supaya kita tak baca sms tu banyak kali dan kemudian mengheret kepada zina hati. Pendek kata, hubungan tu masih macam orang belum kahwin ya. Masih banyak kena jaga.
“Susah la macam tu”
Habis, ini sahaja jalan yang ada kalau nak bercinta sebelum berkahwin. Nak lebih senang, kahwin la.
Kenapa saya tidak mengharamkan cinta sebelum kahwin?
Sebab untuk cinta itu boleh muncul bila-bila masa sahaja tanpa kita rancang. Cinta ini bergejolak dan senang memberontak. Kita tidak boleh tundukkannya dengan berkata – itu haram, ini tak boleh – dan sebagainya. Tetapi kita boleh lenturkannya dengan – boleh, tetapi ada syaratnya –
Maka, hendak mencapai boleh itu, ikutlah syarat-syarat yang disediakan.
Tengok diri dahulu
Saya lebih senang kalau dalam bab cinta ni, kita tengok diri kita dulu la. Tengok diri ni, bukan maksud saya duit. Duit tu nombor 100 dalam perkiraan saya. Perkara yang pertama kita kena tengok adalah, apakah kita sudah bersedia dengan tanggungjawab nak bawa anak orang lain masuk syurga?
Itu yang pertama sekali. Yang kedua, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak?
Yang ketiga, apakah telah dipersiapkaan ilmu, emosi, mental dan jiwa untuk berkeluarga, menghadapi cabaran-cabarannya, mendidik orang-orang di dalamnya?
Jangan nampak ending hubungan kita dengan pasangan kita hanya di gerbang perkahwinan.
Ada dunia yang luas, penuh cabaran dan dugaan, menanti anda selepas gerbang perkahwinan itu.
Yang bercouple, apakah anda berfikir?
Jadi bila orang tanya saya, apakah yang beza orang bercinta dengan orang yang bercouple?
Bezanya, satu pihak fikir perkara-perkara yang saya sebut di atas ini, dan berusaha mati-matian menyiapkan dirinya. Satu pihak lagi, fikir nak seronok, nak happy-happy aja, dan tak fikir pun selepas itu apa yang akan mereka hadapi.
“Kami couple sebab cinta la”
Maka saya kata, cinta anda itu, tidak sama dengan cinta saya. Maaf saya kata, cinta yang saya katakan ini suci, mahal, berharga. Nak dapatkannya, perlukan usaha yang keras. Cinta menembus syurga, mestilah usahanya juga boleh menggegarkan jiwa.
Saya tak suruh break up ya. Kalau yang bercouple sedar benda ni, hentikan couple itu, dan cari makna cinta sejati memperbaharui cinta mereka sebelum ini, perbaiki perjalanan hidup dan serius nak bina kehidupan yang Allah redha, apa salahnya kamu masih bersama. Boleh sambung couple tu lepas kahwin.
Kalau kamu benar-benar ber’cinta’ la kan, takkan la nak teruskan sesuatu yang merosakkan pasangan yang kamu kata kamu ‘cinta’ tu? Ya la, lempar pasangan pada kemurkaan Allah, pada neraka Allah. Kamu kata kamu ‘cinta’? Jadi kalau benar kamu ‘cinta’, takkan la tak boleh stop sekejap couple tu dan bergerak memperbaiki diri, perbetulkan kembali matlamat, fahami kembali cinta, kemudian kahwin, dan sambung cople kamu semula.
Yang bercouple, apakah yang anda fikir? Senangnya, kalau anda baca artikel saya ini, saya nak anda fikir kembali melihat diri anda sendiri. Apa masa hadapan yang anda mahu? Keluarga yang macam mana hendak anda bina? Anak-anak nanti anda hendak didik dengan apa?
Ketahuilah, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan boleh memberikan apa-apa.
Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama
Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.
Couple ni, nak pegang-pegang tangan, nak sembang dekat-dekat, nak jiwang lebih-lebih, nak romantik tak boleh blah, lepas kahwin la. Nak bercinta sebelum kahwin(tak ada duit nak kahwin, belajar tak habis, mak ayah tak bagi kahwin lagi), buat la gaya bercinta sebelum kahwin ya. Dah ambil jalan susah, kena guna cara susah juga la. Senang cerita, kalau nak senang, dua sahaja solusinya: Kahwin, tak payah bercinta.
Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
Siapa kata couple=cinta?
Boleh tukar definisi tu.